Saturday, 11 August 2018

#effyjalankehuahin part 1

Percutian berdua ngan Effa ini bermula dari 3-August-2018 hingga 6-August-2018.

Tiket ke Hua Hin telah dibeli awal (bulan March) , sewaktu AirAsia mengadakan promosi pembukaan laluan baru ke Hua Hin. Jadinya, harga tiket untuk 2 orang, 2 hala adalah Rm500++ termasuk in-flight meals.

Perjalanan ke Hua Hin dari KLIA2 adalah selama 2 jam ataupun lebih kurang 1jam 50minit. Namun kita mendapat lebihan 1 jam apabila sampai kerana waktu di Thailand adalah lewat sejam dari waktu di Malaysia.

Samapi di Hua Hin Airport, terus ambil taxi untuk ke hotel. Hotel yang kakak booking ni namanya Stone Head. Harga nya dalam 100++ semalam, so dah booking untuk 3 malam terus. Hotel ini terletak di Pekan Hua Hin, bukan di Chaam. Harga taxi ke hotel adalah 500Bath (walaupun setapak je jaraknya).

Dalam taxi tu, si driver tu offer le package untuk hantar kakak g visit tempat-tempat menarik di Hua Hin. So kakak pun setuju je lah. Dengan bayaran 1000Bath, kakak akan dibawa ke 4 tempat yang teratas  nama nya.


  • Santorini Park

Dengan bayaran masuk sebanyak 150Bath / pax, tempat ini tidak lebih hanya sebuah kawasan kedai-kedai yang banyak spot untuk ber foto. Itu sahaja. 













  • Camel Republic 
Ini pula tempat kedua yang dibawa. Tapi kakak ambil keputusan tak masuk pun, sebab konsep nya sama, ada outlets dan ada camel yang boleh diambil gambar. Rugi entrance fee. 

At the Camel Republic with the driver, Weedad 
  • Swiss Sheep Farm
Seperti Santorini Park, farm ini juga mengenakan bayaran 150Bath untuk masuk ke dalam dan bergambar. Tempat nya lebih terbuka dengan banyaknya haiwan seperti sheep dan poni. Banyak juga spot untuk berfoto.
Apa yang paling sedap, perlu dinikmati, ais krim durian juga aiskrim mango yang hanya dijual di pintu keluar tempat ini.









Aiskrim durian 
Selepas ke tempat ini, kami kepenatan, walaupun the driver bawa kami ke satu lagi tempat untuk bergambar, kami menolak dan terus ke hotel untuk mandi dan berehat. 

Waktu malamnya, kami menaiki motosikal, ke Chicada Market juga ke Tamarind Market. Yang mana tiada dijual makanan halal. Huahua.. Lalu kami ambil keputusan ke kawasan station keretapi Hua Hin untuk mendapatkan makanan halal. 

Selepas menikmati makan malam (tomyam for sure) , kami ke Chatsila Market untuk membeli belah. 



Berakhirlah hari pertama kami di Hua Hin. 

Saturday, 19 May 2018

Sehari Ke Singapura

Perjalanan bermula dari pukul 700 pagi , bergerak ke Tune Hotel untuk pick up Amar , dan terus ke JB Sentral.

Kami perlu ada di san 30 minit sebelum tren berlepas kerana perlu pemeriksaan imegresen seperti biasa untuk melepasi sempadan. Tiket tren sehala adalah RM5, dan perlu dibeli awal kerana tiket ini sememangnya kerap habis. Bagi pembelian tiket ini, boleh sahaja online di website KTMB.



Perjalanan menaiki tren ini amat mudah dan kondusif. Hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk melepasi sempadan negara. Wow, ini sangat menakjubkan.

Selepas pemeriksaan kastam, dari situ kami menaiki shuttle bus ke Woodlands MRT Station. Ini kelakar, sebab kitaorang tak tahu nak bayar tambang. Haahaaa . Sebab tambang nya kena bagi duit cukup-cukup masuk ke daalm tabung. Lama la juga kami berkira-kira duit syiling sebab tambang nya 90 cent je per person.




Sampai kat MRT Station, dah pandai beli tiket ke Rafles .. ( North Line ) ,line mrt kaler merah tu. Dan train ni berhenti before Garden By The Bays. Kami sengaja ambil station yang jauh sikit, sebab nak merasa ketiak basah. If nak terus sampai bawah Marina Sand Bay tu, ambil train (line kaler biru) terus ke Promenade.

Nah, MRT map kat Singapore 



Lepas tu, kami berjalan-jalan ambil gambar dalam Gardens by The Bays tu. Oh nak masuk situ naik kedi dia kena bayar 3SGD. Then, if korang ada budget lebih tu , nak masuk exhibition dia, macam banyak pokok-pokok or bunga-bunga, akan dikenakan bayaran lagi.






Tapi kat luar tu pun dah banyak spot-spot best amik gambar. 




Then, rasanya dah lapar dah perut kami, kami ambil train dari Bayfront  ke Bugis . Ini adalah tempat makanan halal yang memang tersedia banyak. Di sini juga terdapat Masjid Sultan, masjid terbesar di Singapore.





Di sini, selain menikmati aiskrim nya (soft ice cream), lemper ayam kami juga makan big bowl like potato bowl gitu. 













Dan last sekali petang tu, kami pulang ke Woodlands Train Station ke JB dengan dihantar seorang teman dari Singapore. 








#effyjalankehuahin part 1

Percutian berdua ngan Effa ini bermula dari 3-August-2018 hingga 6-August-2018. Tiket ke Hua Hin telah dibeli awal (bulan March) , sewaktu...