Nursing




Utk nursing, sy menggunakan breast pump jenis Rumble Tuff. So tiap hari bawa g opis utk pumping susu utk buat stock. Honestly, ini my first experience simpan stock susu walaupun ni anak yg kedua. Sbb masa Eiris, dlm 3-4 months macam tu die dah tak breastfeed. Sian Eiris tp xtau macam mana die mmg xnak lg breastfeed dan continuously minum susu formula only sampai sekarang.

Dan mmg sejak dari baby lg, Eiris dh boleh minum susu formula dan of course boleh guna botol. Lain pula si Daafi ni, dari baby mmg direct feeding, jadi bila seminggu lagi nk keje, try bg botol. mmg REJECT le. Meraung nk direct feeding, sedih pon ada, tgk anak meraung,tp kita xbole nk bg susu, cuma boleh pam je. Tp my mom kuatkan kata, kena cuba juga, nnt bila dh start keje lagi susah bila die tak nak botol.

Susu tin @ susu formula pon Daafi bole kenal. Pandai btul anak mommy ni. Bila bagi susu yg dipam, boleh la dia minum guna botol , tu pon dah bersungguh paksa, kalo susu formula mmg langsung xnak. Sampai mati akal dibuatnya. Terpaksa post kt FB minta opinion rakan2 berpengalaman.

Alhamdulillah skrg Daafi dh boleh minum guna botol, ada juga bekalkan susu formula pada babysitter, tp Daafi lbh prefer susu mommy, so mommy terpaksa bkerja keras pam susu tiap hari kt opis.

Semoga sy mampu memberi susu yg secukupnya kepada Daafi.




Comments

Popular Posts