Batuk

Dah hampir seminggu Daafi batuk. Tapi minggu ni dah semakin kurang. Risau sangat nengok kan Daafi.

Dia masih lagi nak menyusu tapi tak nak makan. Dah kurus dah anak mummy.

Bila malam je, mesti terbatuk2 teruk, pastu confirm menangis. Mungkin sebab tekak. Ohh sedih nya. Kekadang mummy pun nangis sama.

Dah makan ubat, dah amik neb, dah wat sonotron...tapi masih tak baik juga. Pastu yang teruk nya, bila nak pagi je, mesti panas badan nye. Ubat banyak sangat pun tak elok utk baby.

Dah tengok byk blog cara nak baik kan batuk baby ni. Ada yang kata bagi madu lah, kunyit hidup . tapi semua pun kurang menjadi kat Daafi.

Tapi Tak pelah , usaha je kan. Jadi setiap malam , bila nak tidur, mummy mesti sapukan vicks kat dada nagan belakang Daafi. Pagi, mummy bekalkan air madu pada bbsitter. Harapnya usaha mummy ni akan berhasil.

Ya Allah sembuhkanlah penyakit yang Kau hantarkan pada anak ku.

Daafi meronta-ronta tak nak neb

Dah semakin selesa sikit amik neb

Tapi Daafi masih aktif bermain

Comments

Popular Posts