Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, 29 October 2013

SMS

Apa perasaan anda bila menerima sms seperti ini? Ketika itu anda sedang meeting di site?


Dan bila anda telefon semula, anda dimaklumkan, anak anda demam panas dan batuk teruk. 

Jantung berhenti, dan berharap meeting akan habis awal. Dan anda sudah tentunya tak boleh berfikir lagi dan resah gelisah. 


Saturday, 26 October 2013

Kanak-kanak



Sememangnya saat yang paling indah adalah pada waktu kanak2. Maka seharusnya pada saat ini kita mampu melakukan segalanya tanpa sempadan. 

Menurut banyak kajian juga, tahap kreativiti kita amat tinggi semasa alam kanak1 dan merosot apabila dewasa. 

Sebagai ibu bapa yang mahukan pencapaian anak2 nya,tidak separutnya menghadkan aktiviti anak2. 

Ada sesetengah ibu bapa banyak membatasi pergerakan anak2. Sebenarnya perkataan "jangan" juga tidak patut digunakan untuk anak2 yang sedang membesar. Keran perkataan itu merencatkan pertumbuhan anak2. 

Untuk diri sendiri juga, saya selalu menasihatkan dan mengingatkan diri sendiri agar jangan membatasakan perbuatan anak2. Anak2 perlu diberi kebebasan untuk memilih aktiviti mereka supaya kreativiti mereka berkembang. 

Biarlah mereka bermain, menconteng , melakar, melukis dan bercerita mengikut pilihan mereka. 

Kita perlu ada disisi mereka sebagai tutor  sahaja bukan pengawas. 

Kerana setiap kanak2 berhak terhadap masa kanak2 mereka. 

Thursday, 24 October 2013

Sembang Teh Tarik

Tahniah,

Finally kita da satu program bual bicara yang santai tapi MENJADI.
Rasanya, Dato' AC Mizal memang terbaek dalam garapan idea untuk menghasilkan jenama produk yang bagus.

Tidak seperti program bual bicara yang biasa nya di Malaysia, semua pengacara kurang membuat "homework", tapi nampak nya Dato' AC Mizal telah membuktikan beliau bukan lah typical pengacara di Malaysia.

Berkonsepkan 2 perkara :

  1. Memaparkan kereta antik
  2. Meperkenalkan tempak "hang-out" untuk minum yang mana menjadi trend kini
Antara artis-artis yang memeriahkan rancangan ini Harith Iskandar, Lisa Surihani, Akim AF7, Sazzy Falak, Yasmin Hani, Noh Hujan,

Rancangan ini boleh ditonton di Astro Warna 132 , jam 10 malam setiap Selasa.





Brownies Cheese

Pagi ni disebabkan dapat MC sebab demam, ahkak mencuba satu resipi dari internet.



Senang je resipi nya. Jap lagi ahkak tuleskan resipinya.

Brownies :
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
100ml minyak masak
1/2 cawan gula kastor

Bahan-bahan diayak bersama:
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
sedikit baking soda

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisae kisar  perlahan-lahan hingga sebati. Masukan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialaskan dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak.

Ketepikan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti. Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan Keju:
500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula
sedikit esen vanilla

Pukul creame cheese hingga gebu
Masukkan gula dan pukul hingga sebati
Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata.Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunanbrownies dan titiskan ke atas adunan keju.Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Wednesday, 23 October 2013

Weekend Buddy


Last saturday, ahkak keluar berjimba. Eh dah lama tak guna perkataan berjimba kan.. Maksudnya secara literasi adalah bersenang-senang. 

Keluar bertemu rakan sebenarnya di Ampang Park. Memandangkan dah tengah hari dan belum bersantap, maka kami setuju untuk makan di Cozy Corner. Ok it is recommended ye having food kat Cozy ni, cause food die not bad, and tempat die spacious. Boleh la lepak2 dengan families / friends/ buddies.

Ehh lupa nak kenalkan nama kawan ahkak ni. Namanye Umi Khadijah Harun. Panggil Oomey, orang Pilah, tapi dok kt Manjung. Jangan nk ngurat pulak, dia dah kawin ye. Die ni manager beb. Memang hebat, company oil&gas plak tu. Ok cukup ttg Oomey. 

Lepas ronda2 Ampang Park tu, kiteorang naik tren g KLCC. Wei dah lama siut tak naik tren. Rasanya dah hampir 10 tahun, sejak dah bekerja ni, sume balun naik kereta je. 

Kat KLCC pun kasut yang kawan ahkak nak pun tak de. So hanya lah tawaf KLCC je. Tapi sebab dan berjalan, maka kami pun lapar lagi. Memanjang je lapar kan.  

Bila tanya Oomey tu, nak minum kat mane? 
Ceh jawapan die... "Kalo takat starbucks ngan coffee bean, Manjung pun ada. Aku nak cuba kat Bens la, member aku slalu post gambar kat situ"
Maka kami pun pergi ke Bens.

Ciss, kata je tempat hebat, nak masuk pun kena beratur, ade usher akan tunjuk kn tempat. Tak boleh sembarangan masuk. Tak cool langsung. Kalo kat mamak, apeadahal, siap bukak meja lagi.




So nak order pun, different person yang entertain gitu. Kami pun order lah dengan riak nya. Fuhh sekali taste, it was tasteless.. Jangan makan kat situ. Tak sedap. Cheese cake nye fault betul. Ade ke dilawankan ngan mango and lychee. 




Post Birthday Party

Semalam kan besday anak bujang mommy.




Ada small celebration (ala cake cutting) je kat umah. Kek pun kiteorang beli yang kecik je. Kek marble cheese. 

Petang tu, after amik kakak dan Daafi dari umah bbsitter, kita pon tiup lilin, nyanyi lagi besday and potong kek. 

Seronok Daafi dapat potong kek. 






Republik - Sandiwara Cinta


The latest hits song. 

Tuesday, 22 October 2013

Birthday Celebration ; Eiris Diana


Ehh terlupa nak buat post pasal hari jadi kakak Nena. Teringat hari ni, sebab hari ni besday adik Daafi yang ke -1. Happy Birthday Daafi

Sebenarnya hari jadi kakak Nena adalah pada 28-September-2013, tapi tu hari Sabtu dan mummy pun ade kelas pada hari tu. Tak de celebration pun kat rumah, cuma daddy belikan kakak Nena hadiah. Hadiah ni pun atas permintaan kakak Nena. Apalagi patung Barbie le.



Apa yang dirancang ialah, nak adakan sedikit celebration kat tadika kakak Nena. Jadi, birthday celebration tu diadakan pada hari Isnin, 30-September-2013. Sebab nya, bila dia celebrate dengan rakan-rakan mesti lebih gembira kan. lagipun, nampaknya kawan-kawan kakak Nena selalu mengadakan celebration kat sekolah. Tiap hari kakak Nena mesti bawa balik goodies bag / jajan.

Jadi malam Ahad tu, mummy sibuk nak sediakan goodies bag tu.Tapi mummy siapkan dalam bekas makanan. Kakak Nena pon membantu menyiapkan goodies bag tu.

Ada Kek Apollo, Jelly , Roca & Apam Polkadot 

Kakak Nena tolong masuk kan cokelat Roca
Esok paginya, mummy nya yang bercuti (excited) nak sambut birthday kakak Nena. Sebulan sebelum tu , dah tempah kek "barbie" daripada Citarasaku . Kek coklat ngan creame cheese.


Rupanya hari tu pun ada seorang lagi kawan kakak Nena yang buat celebration, Naufal.


Nampak kakak Nean Nena sangat gembira hari tu. Baguslah... Sekurang-kurangnya walaupun sambutan nya agak sederhana, namun ia membuatkan princess mummy happy. love u lots, sayang. 






Definisi Fikiran Kita



Bagaimana kita mendefinisi kan pemikiran kita akan menunjuk kan siapa kita. 

Jika kita boleh menentukan yang mana baik, yang mana kurang baik ; pasti kita adalah golongan berpengetahuan. Contoh yang paling termudah; berapa ramai yang menjadi "busy body" tukang forward kan status di fb? Kita pernah tak berfikir buruk baik nya sebelum menyebarkan nya?

Ramai yang fikir, dengan forward sesuatu status itu, mereka di anggap pioneer, maksudnya orang pertama. Nampak lebih cool sebab nampak tahu serba-serbi, tapi mereka inilah orang yang pendek akalnya; kerana tanpa berfikir terus memanjangkan isu tersebut. 

Ramai juga yang kerap memanjangkan isu yang belum tentu kesahihan nya. Bukan kah itu suatu fitnah? Sebagaimana semua sedia maklum, dosa fitnah kan sangat besar. Percaya lah kita tidak nampak hebat dengan hanya melalak dalam fb. 

Sentimen marahkan kerajaan dan negara bukan lagi isu persisir tapi nampaknya dah merebak. Ye , tak dapat dinafikan ada banyak kekurangan dalam pentadbiran negara. Kita boleh ambil tahu dan bertindak, sebab ini pertiwi kita. Tapi harus diingat ada caranya. Jangan dijaja di tubir fb sahaja. Namu secara simbolik nya, pernah kah kita yang kerap merungut ni, sekali pun pernah bersyukur, dan bertanya apa yang telah kita sumbangkan kepada negara kita? 

Fikirkan lah bersama; hidup kita bukan sahaja untuk menuntut malah kita juge harus memberi. 

Monday, 21 October 2013

Boroi



Huhuhu statement memang hebat. Cehh mesti bangga kan abang2 kawasan yg semakin hari perut nya semakin ke hadapan. 

Memang ni kera normal case je, lelaki bila sudah berkahwin , bertambah ukur lilit perutnya. Sebenarnya perempuan pun begitu, tetapi kena maintain jaga: sebab tak nak nampak ketara sangat perubahan sebelum dan selepas kahwin. Tu yang wanita sibuk amik ubat langsing lah, g slimming center lah , pakai PB**. 

Tapi si suami bila bila perutnya semakin besar, sibuk kata, ni lambang lelaki gagah...errrkkk gagah le sangat. Macho lah ade perut. Alasan !

Tapi secara jujur dan ikhlas nya, memang bila lelaki berperut besar(boroi) adalah sexy. Sebab bila berperut besar, lelaki itu nampak berketrampilan dan lebih matang. Bila matang, pasti dia lebih bertanggungjawab terhadap keluarganya dan pasangan nya. 

Di sini nk kongsikan gambar2 lelaki tersayang ahkak sebelum dan selepas berkahwin. Ahkak rasa memang semakin Macho my man.




La Tahzan

Biasanye bila kita kecewa, kita akan bersedih / berduka.

Kadangkala lebih teruk kita akan berputus asa. Namun, kegagalan itu bukan bermaksud penghujung jalan, tapi ia adalah permulaan perjalanan kita. 

Itu lah ada pepatah arab yang biasa kedengaran; La Tahzan (jangan berdedih). 

Kita perlu bangkit untuk bersedia berjuang semula. Perjalanan kita masih panjang. 

La Tahzan!




Saturday, 19 October 2013

Selfie


Ye tu la yg my husband tak faham. Sebab dia memang susah le nak bergambar, mungkin tu norma-norma seorang pixman kan.

Kalau tanya wife dia, confirm memang expert bab-bab selfie ni. Dah memang 24-7 main henpon. Media socials semua ada. Mestilah tau cemane nak selfie kn.

Anyway, tu gambar my husband dlm ERL. He left me for his works at Kuching. Sob-sob... 


Friday, 18 October 2013

Reverse Parking

Masa dulu, bila orang suruh reverse parking, mesti rasa bala betul. Alasan nya memang kurang mahir teknik nak reverse parking ni.



Adik ahkak selalu ingat kan ahkak suruh reverse parking bila kita park kereta kita. Alasan nya, bila terjadi apa-apa seperti kebakaran, kita tak perlu reverse untuk keluar kan kereta kita. Masa yang diambil kan lebih singkat. Because every second is count. 

Amalan reverse parking ni memang dianjurkan kat tempat kerja seperti Petronas, mungkin juga oil&gas yang lain juga. Itu yang adik ahkak terbiasa. Sebab katakanlah tangki minyak terbakar, mereka sempat nak drive keluar. 

Nampak nya amalan ini telah mula diamalkan di anak syarikat Petronas seperti Putrajaya Holdings. 


Papan tanda ni ahkak jumpa masa nak meeting pagi tadi kat Putrajaya Holdings. Kebetulan sekarang pun ahkak memang dah mengamalkan reverse parking ni. Sebenarnya ia lebih mudah, sebab tempat/ kotak parking yang kecil in kita mampu isi . 

Jadi amalkan lah reverse parking ni, bagi kemudahan di masa akan datang.

**reverse parking dalam google dia kata berbalik tempat letak kereta. Hissy macam tak kena je**

Ikan adalah Hardworking


Suasana juga memainkan peranan untuk menjana persekitaran kerja yang baik. Persekitaran yang tenang membantu mengurangkan ketegangan ketika bekerja.

Pejabat ahkak pun tak kurang hebatnya. Menyediakan konsep pejabat yang penuh dengan dedaun hijau dan sekarang ni lagi hebat; siap bela ikan. 

Kalau setakat staf je sibuk nak membela, kira boleh lah terima. Ni dah memang serius bila boss sendiri beli balang ikan. Terkejut semua orang. Tapi bagus juga sebab tak de lah dia nak marah bila lita kita sibuk main ikan. Haha strategi tu . 

Secara feng-shui nya,ikan ni membawa maksud hardworking, sebab pernah ke nampak ikan tidur ? Jadi seumurnya dia menghabiskan masa nya untuk bekerja. Tu lah alasan boss ahkak. Nampak tak dia punya trick lagi hebat, nak suruh pekerjanya rajin, jangan tidur. 

Air pula membawa maksud ketenangan dan kekayaan. Maka tenang lah kamu di sana bila diarahkan bekerja . 
Ni balang ikan Mr Aw (my boss)







ABC Kampung Melayu Majidee

Setiap kali balik Kota Tinggi, sebelum sampai tu mesti kiteorang singgah beli favorite food kiteorang.

Kalau orang JB memang dh familiar sangat dengan ABC Kg Melayu, Majidee. Dia punya rasa memang boleh meliurkan. Macam-macam ada dalam ABC tu. 

Nampak tak kacang, aiskrim, coklat cair yang melimpah ruah, tu baru permukaan, dalam??

Selain ABC ni, ada lagi satu yang wajib dibeli. Ayam golek. Sebelah tu je gerai nya. Tiap hari memang peniaga ni berniaga, mahu dalam 100 ekor juga setiap hari. Dibuka dari pukul 3 petang hingga 7 malam sahaja. 


Memang sgt juicy ayam golek ni. Nena kata ayam golek special. 


One



Eiril Daafi is going to be One this coming 22/10

Progress:
4 teeth on top, 2 teeth at the bottom, going to be 4 teeth soon
Can walk around, but still need guidance
Shout out some words , ma-ma, pa-pa ; but he should call me Mummy :(
Can eat "nasi" with soup , no more bubur nasi
Pandai joget whe it comes to his favorite songs
Can focus on TV show like Upin-Ipin and commercial breaks


Alhamdulillah 

And he is botak again. Handsome la anak mommy ni

Thursday, 17 October 2013

Depression - An Interview with Daphne Iking


We don't know when we get depression 

just because

-------

--------------

-----------------------


Kita Malu !


** very interesting interview **

Ungu - Cinta Dalam Hati


ada ketika kita hanya mencintai dari dalam hati



Kemahiran Temuduga


Ramai orang di luar sana sangat fobia bila cakap pasal interview (temuduga).


Sebenarnya bagi yang pertama kali datang interview ni kurang sikit berdebar nya tapi yang dah masuk dua kali je, mesti dah mula rasa ketakutan nya. Sebab kita dah pernah melalui masa di interview tu. Namun ada garis panduan nya bagi mengelakan ketakutan ni berpanjangan. Ada juga pantang larang nya. Apa-apa pun mesti ada DO and DON'T nya kan. Andai kita menurut segala aturan nya, mungkin ia dapat membantu.


Nak cerita pasal diri sendiri menghadapi interview ni. Rasanya yang paling awal masa lepas SPM , under MARA utuk selection ke German gitu tahun 2000. Dah le budak-budak sangat lepas SPM, nak berhadapan dengan orang-orang hebat, gigil juga nak menjawab soalan-soalan mereka. Tapi tak berjaya pun nak sambung study kat German tu.

Seterusnya, ni yang paling hebat rasanya pergi interview. Lebih hebat dari interview nak kerja. Pergi interview untuk scholarship Genting Sanyen Power. Fuhh dalam bilik tu je, ada lebih 5 orang yang nak interview kita. Nak cerita pasal interview ni, dah le seorang je wanita dan melayu yang datang interview ni, tapi layanan big boss Genting ni sangat VVIP. Siap offer nak kopi ke juice.Dieorang memang style interview secara santai je rupanya. Dengan alasan, mereka mahu semua scholar holder mereka boleh berkomunikasi dengan baik. Memang best lah. Terus hilang rasa nervous tu. Dan yang paling best sekali sampai aku nak kawin pun big boss ni still panggil my little princess. Sebab dari masa college dia jaga macam jaga anak dia. Memang sporting betul. Bila CNY, pun jemput datang rumah, siap asingkan kueh yang halal dengan yang tak halal. Rasa dihormati betul.

Lepas tu, bila interview nak kerja dah tak berapa takut. Lagipun rasanya, dalam tiga kali je kot pergi interview kerja, pastu dh tak pernah pergi. Tapi untuk pergi interview, pada aku, ada beberapa tips :

  • kena buat "homework"  tentang interview tersebut, samada jenis pekerjaan yang kita mohon ataupun latar belakang company tu. Ni bakal memberi satu gambaran yang positif , kita ni berpengetahuan.
  • mesti on time. Awal lagi bagus, jangan sesekali lewat. Ini dah memberi gambaran jelas bagaimana kita melakukan sesuatu job.
  • berpakaian kemas, bukan mesti mahal dan branded, tapi penampilan yang kemas akan memberi tanggapan pertama (first impression) yang baik. Ambil perhatian tentang bau mulut dan bau badan
Untuk lebih tips yang berkesan boleh baca article ni.


mStar Online : 20 Petua Untuk Temuduga...

Selamat Berjaya

Pahala


Alhamdulillah aku diberikan peluang menjadi ibu. 

Menjadi ibu adalah rahmat Allah ; yang mana Allah nak beri pahala percuma. 

Namun, bagi aku tak semestinya kena jadi suri rumah. Andai dengan keluar bekerja pun kita redha, Allah lebih mengetahui. Pasti ada ganjaran. 


Wednesday, 16 October 2013

Alahai Pak Lori

Dalam perjalanan ke pejabat selepas mesyuarat, ahkak menggunakan LDP untuk ke pejabat.

Ada ke patut lori besar gajah ni ? Nak juga pandu kat right lane kan. Bukan ke kenderaan berat mesti berada di kiri jalan? Kan ke itu salah satu ujian kat kelas memandu. Jadi dah terlupa ke,memang tak pernah tau. 

Dah le memandu seperti siput, lagi lah angin je ahkak pandu kereta. Dah le kita ni nal cepat ke pejabat, banyak benda nak diselesaikan. 

Alahai pak lori!

Raya Korban


10 Zulhijjah merupakan hari raya aidiladha bagi setiap umat islam seluruh dunia. Ia jatuh pada hari Selasa 15/10/2013.

Kami sekeluarga hanya beraya di perantauan. Tak pulang berhari raya di kampung samada kampung ahkak di Kota Tinggi atau kampung suami di Segamat. 

Kami menyambut di rumah pakcik kami aka atuk saudara Nena. 

Malam raya dan pagi raya kami dihidangkan dengan ketupat, rendang dan lemang. 

Tengah hari pula, kami menyiapkan nasi ambeng. Makanan tradisi orang jawa. Kalau ada kenduri, biasa nya orang jawa suka makan bersama dalam dulang. Selain nasi, ada ayam masak ungkep, sambal goreng, ikan masin dan serunding kelapa. Kemudian ia dibungkus dengan daun pisang. Ehhh ada cara tau nak bungkus nasi ambeng ni. Suami ahkak pun baru nak belajar tradisi membungkus nasi ambeng ni. 
Ada ahkak sertakan video nembungkus nasi ambeng dalam instagram. Sila lihat ye. Nanti boleh aplikasikan jika diperlukan. 





Petang nye pula, jiran menjemput makan di rumah nya. Ada ketupat dan nasi jagung. Rezeki la tu, sempena hari raya ni. 


Dari kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya korban.
**korban bukan lah MEMBERI yang paling kita sayang, tapi makna nya lebih luas dari itu, memberi sesuatu bagi manfaat insan dan masyarakat. 


Monday, 14 October 2013

Ylvis - The Fox (What Does the Fox Say?)


Love this song



Hari Arafah

Hari ni umat Islam di Mekah sudah mula ke Arafah dan bermalam di Mina.
Yang tidak menunaikan haji, disyorkan berpuasa Hari Arafah hari ni. 

Ni antara yang dinyatakan fadhilat berpuasa pada hari ini. 

Dan ada juga yg mengesyorkan doa yg afdhal dibaca pada hari ini. 


Semoga kita sama2 beramal.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...