Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, 9 October 2013

A Biography






Rentetan drpd lawatan ke muzium kesenian Islam tu, ahkak beli la buku biograpy Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary. 

Secara jujurnya, dulu ahkak mmg tak pernah baca buku biography, asyik2 novel cinta. Tapi kini, kita kena ubah pembacaan kita. Kita perlu "curi"cara orang yang berjaya ini jadi HEBAT, semoga kita juga jadi HEBAT.

Beliau,adalah orang biasa yang mempunyai semangat dan pemikiran yang luar biasa = EXTRAORDINARY

Perjalanan hidupnya untuk berjaya juga tak semudah yang kita "anggap". Beliau bukan lah usahawan yang lahir atas dasar DEB atau kerana KRONI. Tapi beliau membuktikan dengan usaha keras, budak kampung pun boleh memenangi kontrak jutaan ringgit andai kita tahu berbisnes.

Beliau juga jutawan yang tidak (X) memerlukan publisiti daripada media. Beliau banyak bekerja di belakang tabir tanpa diketahui umum. Dan inilah cara orang cina berbisnes. Senjata utama , tapi tanpa memberitahu umum tentang diri sendiri. Beliau banyak membeli saham-saham melalui broker.

Di zaman Pak Lah, beliau mengalami kerugian besar akibat banyak mega-project yang telah di "award" kepada beliau, telah dibatalkan. Namun, sebagai usahawan, beliau tidak berhenti di sini. Beliau melebarkan sayapnya ke negara Timur Tengah. Maka, kita juga di kala diuji, kita perlu berfikir secara positif, kalau rezeki kita bukan dalam negara, mungkin rezeki kita ada di luar.

Satu sifat beliau yang amat disegani semua, pada prinsip beliau, setiap yang diterima perlu dikembalikan semula kepada masyarakat. Sebab itu, beliau terkenal dengan sifat pemurah dan mesra masyarakat. Banyak yang telah disumbangkan kepada masyarakat.



Kini beliau mantap berdiri seiring dengan usahawan terkenal negara. Berbekalkan tiga (3) company gergasi negara ; MMC , DRB-HICOM & PERNAS





Moga beliau kekal dengan sifat seperti padi itu, semakin ber"isi" semakin tunduk, dan ini jugalah permulaan beliau sebagai pengedar beras dan kini memiliki syarikat beras negara.






4 comments:

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...