Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, 24 October 2013

Brownies Cheese

Pagi ni disebabkan dapat MC sebab demam, ahkak mencuba satu resipi dari internet.



Senang je resipi nya. Jap lagi ahkak tuleskan resipinya.

Brownies :
Bahan A:
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
100ml minyak masak
1/2 cawan gula kastor

Bahan-bahan diayak bersama:
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
sedikit baking soda

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. Kisae kisar  perlahan-lahan hingga sebati. Masukan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialaskan dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak.

Ketepikan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti. Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan Keju:
500g cream cheese
4 biji telur grade B
140g gula
sedikit esen vanilla

Pukul creame cheese hingga gebu
Masukkan gula dan pukul hingga sebati
Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata.Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunanbrownies dan titiskan ke atas adunan keju.Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

2 comments:

  1. brownies ni memang favourite... hurmm... sebelum ni selalu beli jer...belum pernah buat lagi brownies... lepas ni nak kena belajar buat dah... he he he...

    ReplyDelete

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...