Definisi Fikiran Kita



Bagaimana kita mendefinisi kan pemikiran kita akan menunjuk kan siapa kita. 

Jika kita boleh menentukan yang mana baik, yang mana kurang baik ; pasti kita adalah golongan berpengetahuan. Contoh yang paling termudah; berapa ramai yang menjadi "busy body" tukang forward kan status di fb? Kita pernah tak berfikir buruk baik nya sebelum menyebarkan nya?

Ramai yang fikir, dengan forward sesuatu status itu, mereka di anggap pioneer, maksudnya orang pertama. Nampak lebih cool sebab nampak tahu serba-serbi, tapi mereka inilah orang yang pendek akalnya; kerana tanpa berfikir terus memanjangkan isu tersebut. 

Ramai juga yang kerap memanjangkan isu yang belum tentu kesahihan nya. Bukan kah itu suatu fitnah? Sebagaimana semua sedia maklum, dosa fitnah kan sangat besar. Percaya lah kita tidak nampak hebat dengan hanya melalak dalam fb. 

Sentimen marahkan kerajaan dan negara bukan lagi isu persisir tapi nampaknya dah merebak. Ye , tak dapat dinafikan ada banyak kekurangan dalam pentadbiran negara. Kita boleh ambil tahu dan bertindak, sebab ini pertiwi kita. Tapi harus diingat ada caranya. Jangan dijaja di tubir fb sahaja. Namu secara simbolik nya, pernah kah kita yang kerap merungut ni, sekali pun pernah bersyukur, dan bertanya apa yang telah kita sumbangkan kepada negara kita? 

Fikirkan lah bersama; hidup kita bukan sahaja untuk menuntut malah kita juge harus memberi. 

Comments

Popular Posts