Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, 17 October 2013

Kemahiran Temuduga


Ramai orang di luar sana sangat fobia bila cakap pasal interview (temuduga).


Sebenarnya bagi yang pertama kali datang interview ni kurang sikit berdebar nya tapi yang dah masuk dua kali je, mesti dah mula rasa ketakutan nya. Sebab kita dah pernah melalui masa di interview tu. Namun ada garis panduan nya bagi mengelakan ketakutan ni berpanjangan. Ada juga pantang larang nya. Apa-apa pun mesti ada DO and DON'T nya kan. Andai kita menurut segala aturan nya, mungkin ia dapat membantu.


Nak cerita pasal diri sendiri menghadapi interview ni. Rasanya yang paling awal masa lepas SPM , under MARA utuk selection ke German gitu tahun 2000. Dah le budak-budak sangat lepas SPM, nak berhadapan dengan orang-orang hebat, gigil juga nak menjawab soalan-soalan mereka. Tapi tak berjaya pun nak sambung study kat German tu.

Seterusnya, ni yang paling hebat rasanya pergi interview. Lebih hebat dari interview nak kerja. Pergi interview untuk scholarship Genting Sanyen Power. Fuhh dalam bilik tu je, ada lebih 5 orang yang nak interview kita. Nak cerita pasal interview ni, dah le seorang je wanita dan melayu yang datang interview ni, tapi layanan big boss Genting ni sangat VVIP. Siap offer nak kopi ke juice.Dieorang memang style interview secara santai je rupanya. Dengan alasan, mereka mahu semua scholar holder mereka boleh berkomunikasi dengan baik. Memang best lah. Terus hilang rasa nervous tu. Dan yang paling best sekali sampai aku nak kawin pun big boss ni still panggil my little princess. Sebab dari masa college dia jaga macam jaga anak dia. Memang sporting betul. Bila CNY, pun jemput datang rumah, siap asingkan kueh yang halal dengan yang tak halal. Rasa dihormati betul.

Lepas tu, bila interview nak kerja dah tak berapa takut. Lagipun rasanya, dalam tiga kali je kot pergi interview kerja, pastu dh tak pernah pergi. Tapi untuk pergi interview, pada aku, ada beberapa tips :

  • kena buat "homework"  tentang interview tersebut, samada jenis pekerjaan yang kita mohon ataupun latar belakang company tu. Ni bakal memberi satu gambaran yang positif , kita ni berpengetahuan.
  • mesti on time. Awal lagi bagus, jangan sesekali lewat. Ini dah memberi gambaran jelas bagaimana kita melakukan sesuatu job.
  • berpakaian kemas, bukan mesti mahal dan branded, tapi penampilan yang kemas akan memberi tanggapan pertama (first impression) yang baik. Ambil perhatian tentang bau mulut dan bau badan
Untuk lebih tips yang berkesan boleh baca article ni.


mStar Online : 20 Petua Untuk Temuduga...

Selamat Berjaya

2 comments:

  1. Hello I'am Chris From France!!
    You Have A Wonderful Blog Which I Consider To Be Registered In International Blog Dictionary. You Will Represent Your Country
    Please Visit The Following Link And Comment Your Blog Name
    Blog Url
    Location Of Your Country Operating In Comment Session Which Will Be Added In Your Country List
    On the right side, in the "green list", you will find all the countries and if you click them, you will find the names of blogs from that Country.
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    Happy Blogging
    ****************

    ReplyDelete
  2. Singgah membaca disini... jom singgah blog saya...
    http://thescreammer.blogspot.com/2013/09/perniagaan-online-dari-rumah.html

    ReplyDelete

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...