Muzium Kesenian Islam


Sebenarnya, ahkak ni tak de la minat sgt nak melawat muzium. Tp since my husband dok promote pasal muzium ni. Teringin juga ahkak nak g muzium

Muzium yang pernah ahkak pegi hanyalah Muzium Negara, tu pon zaman sekolah rendah dulu, ala lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur, tahun 1990 kot.. huhuhu dah lama sangat lawatan tu.

Jadinya, di suatu hari Ahad kami pergi melawat muzium. Muzium yang kami pergi, Muzium Kesenian Islam .

From inside

Apa yang lebih sedih, muzium ni pengunjung yang datang amatlah RENDAH. Mungkin ramai yang tak berminat nk melawat muzium dan lagi2 lah ni tentang kesenian Islam. Tp yang lebih best,muzium ni adalah hasil idea bernas Tun Dr.Mahathir dan direalisasikan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Floor Plan (copied from the website)

Menurut buku yg ahkak baca, ttg biography Tan Sri Syed Mokhtar, semasa pembinaan muzim ni, beliau sentiasa berulang-alik ke Iran, untuk mendapatkan seni reka dari sana. Dan banyak hiasan nya yg diambil dr negara Iran.

 Inverted Dome 

Banyak cerita2 tentang Islam ada tersimpan di sini. Tapi ahkak pon xabis explore sangat muzium ni. Pada ahkak, idea yg tercetus utk mendirikan  muzium ini tak dapat dibayangkan oleh orang sembarangan. Ia sangat hebat.





Masa ahkak g muzium ni, ada pameran haji . Ala zaman2 dulu macam mana orang Mesia g haji.





Semoga makin ramai lah orang / pengunjung yang datang ke sini. Ia hanya satu pembaziran seandainya kita tak datang dan biarkan ia hidup sebagai seekor gajah putih.


Comments

Popular Posts