Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, 16 October 2013

Raya Korban


10 Zulhijjah merupakan hari raya aidiladha bagi setiap umat islam seluruh dunia. Ia jatuh pada hari Selasa 15/10/2013.

Kami sekeluarga hanya beraya di perantauan. Tak pulang berhari raya di kampung samada kampung ahkak di Kota Tinggi atau kampung suami di Segamat. 

Kami menyambut di rumah pakcik kami aka atuk saudara Nena. 

Malam raya dan pagi raya kami dihidangkan dengan ketupat, rendang dan lemang. 

Tengah hari pula, kami menyiapkan nasi ambeng. Makanan tradisi orang jawa. Kalau ada kenduri, biasa nya orang jawa suka makan bersama dalam dulang. Selain nasi, ada ayam masak ungkep, sambal goreng, ikan masin dan serunding kelapa. Kemudian ia dibungkus dengan daun pisang. Ehhh ada cara tau nak bungkus nasi ambeng ni. Suami ahkak pun baru nak belajar tradisi membungkus nasi ambeng ni. 
Ada ahkak sertakan video nembungkus nasi ambeng dalam instagram. Sila lihat ye. Nanti boleh aplikasikan jika diperlukan. 





Petang nye pula, jiran menjemput makan di rumah nya. Ada ketupat dan nasi jagung. Rezeki la tu, sempena hari raya ni. 


Dari kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya korban.
**korban bukan lah MEMBERI yang paling kita sayang, tapi makna nya lebih luas dari itu, memberi sesuatu bagi manfaat insan dan masyarakat. 


No comments:

Post a Comment

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...