Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, 22 November 2013

Reunion SMAPK 1995-1999

Wah last saturday, ahkak g reunion batch secondary sch. Ahkak dulu sekolah agama berasrama penuh(google je kalau nak tahu kehebatan sekolah ahkak tu).

Ahkak mula masuk SMAPK tu tahun 1996, lepas je UPSR terus dapat masuk asrama, dah le jauh kat Kajang. Eh homesick jugak lah. Ye lah umur pon baru je baligh kn. 

Belajar kat SMAPK tu ade requirements nya, ye lah sekolah bestari, Jadi masa lepas PMR pun ada ramai yang terkeluar, ahkak masih stay. Ok lah, takde lah straight A's tp kurang satu je A. 

Ok cukup ttg kisah itu, so reunion ni kira yang kedua di adakan. Yang pertama dulu tahun 2004 gitu. Masa tu masih anak dara muda belia. Ehh jap ade kot gambar lama.. 


Reunion yang kedua ni diadakan di Bangi Golf Resort. Untuk kali ni punya reunion, kebanyakan nya datang dengan spouse dan anak-anak. Tp ahkak datang solo. Hehe datang dengan Eiris je. Daafi kat umah ngan daddy. Mioooww.


Tujuan diadakan reunion ni, nak get back lah ngan friendster2 huh. Ni pon diadakan masa tea time, so light food je yang disediakan seperti wedges, sandwich, puding, ayam goreng. 

Ramai lah yang hadir , dan semuanya sudah bekerjaya yang hebat-hebat. Tak kurang juga yang mempunyai pasangan yang hebat dan anak-anak yang comel.


Dan sememangnya tujuan ahkak datang ni, semata nak amik gambar. Kan ahkak ni ratu media social. Lets enjoy pose-pose ahkak di majlis itu:









Then, orang lain kebanyakan nya dapat lucky draw, tapi ahkak memang nye tak untung lah, tak dapat apa2. But overall it is a good begining to catch up with the people. 

#smapk9599 : ahkak juga yang initiate hashtag...:)


Thursday, 21 November 2013

Marilyn Monroe



When we are talking about Marilyn Monroe, everybody feel it and know her well. She is an ICON to the world. Not even women and ladies out there envy her, but the real men also loves her .

She is the beauty , the passion, the love and even the sex.

Some might say, she is a model of modern woman ; at that time. She came out with the fashion and style.

Same goes to one of our friend, Lisa. She loves MM very much until she came out with the collection of MM. And nowadays she can even sell it on weekend because of many people are seeking for the MM collections.


You can follow her on FB , and for those who are in Malaysia, you can come to Amcorp Mall, PJ every Sunday and search for her.

Tourist also love her collection [ photo taken from Lisa Celebrity Collectible page]
The most and foremost, Lisa give me a bag with MM on the body. It is really stunning my eyes.


Tension

The word!

Gini kesahnya, kan nak buat dissertation. Jadinya, sekarang ni dah dalam proses penghasilan lah. 

Kiranya, dah tahap buat analisis daripada questionnaires kan. Ok dah le nak dapatkan data daripada orang ramai, memang susah lah. Padan muka daku, sebab nya dulu2 bila orang nak suruh buat survey, ko lari kan. Sekarang dah terkena. Karma.

Lepas tu ingat dah cun lah, dah siap table bagai, ingatkan dah siap.  Rupanya, nak ken aletak  kena letak description lagi bagai.. Damn it!



{ ni kesah hari ini: lagi haru, supervisors nak check pulak questionnaires tu cemano?
Woooooiii aku dah siap la buat table bagai, dah buat analisis. Aku rasa nak menjerit kala ini. Ehh supervisor aku ni kan memang mencari nahas dan kemarahan aku. Tapi aku terpaksa patuh sebab grading and marks semua dari dia.}

- untuk masa sekarang, aku sedang berkampung di UTM nak siapkan benda alah ni, tapi dah tersangkut sebab dia nak review questionaires, pastu nak distribute semula, pastu nak tunggu orang reply, pastu nak wat analisis semula. Aku rasa nak marah sangat ni.
- dan yang paling best, nak kena hantar kat UTM lagi sebulan. Tu maksud dah finalise ye.
-ok mari bertenang. jangan marah2.


Thursday, 14 November 2013

Stay up


Ni sape yang stay up ni?

Skrg keaadan dh sgt kritikal, thesis perlu disiapkan.. ohh ahkak nk grad dik sem ni, tak nak extend.

So kena gagah kan diri memalam (sebab masa tu je yang Daafi tak kacau), membuat analisa. Ni lom lagi kes nak kena reject ngan supervisor. Last sem je, lima (5) kali dik dissertation ahkak di reject mentah2. Menangis.

So target by next week nk submit kat supervisor, nak suruh check, and do the correction. Doakan lah kegagahan ahkak mengharungi fasa terakhir pembelajaran ini. 
Titik!

Monday, 11 November 2013

Hallo

Daafi is so addicted to telephone. The most enjoyable toys. 


Even anyone on the phone, he will be interested to share the conversation. 

He loves telephone most!

Sunday, 10 November 2013

Picnic at Pantai Remis

Cuti Maal Hijrah yang lepas, bersama keluarga pak sedara, sekadar menghabiskan masa, kami berpiknik di Pantai Remis, Jeram.

Memang takde plan pun, cuma terpikir nak pergi selepas zuhur. Nasib baik mak sedara ada masak lontong. Maka itu lah bekalan yang kami bawa. 

Pantai Remis tu tak jauh sangat dari rumah kiteorang, lagi2 dah ada lebuh raya LATAR ni. Ambil masa dalam sejam lebih je perjalanan. 

Kami siap bawa tempat pembakar bagi tujuan nak membakar kerang. Pantai Remis memang terkenal dengan kerang , lala, kupang dan sewaktu dengan nya. Besar2 pulak tu. Memang berbaloi-baloi.

Nena pula dah siap bawa swimming suit, tapi tak boleh nak mandi-manda akibat air dah pasang waktu kiteorang sampai tu. Jadi ala-ala mandi pasir je. 

Bila dah hampir maghrib tu, kiteorang pun bergerak pulang. Takde beli ape2 pun. 









Ihtifal 2013

Last week, tadika kakak nena telah mengadakan ihtifal (konvo & penyampaian sijil) . Majlis tu berlangsung di Kuliyah of Engineering, IIUM. Wah kecik2 lagi dah ada konvo, siap dekat universiti lagi. Kelas.



Dalam tentatif yang diarahkan oleh teacher kakak nena, mesti datang pukul 730 pagi utk berkumpul, tp kitaorang sampai dalam pukul 800 pagi. And yet still ramai lagi yang belum datang. 

Acara telah bermula pada pukul 915 pagi dengan dimulakan dengan nyanyian Asma'ul Husna dan bacaan doa. Seterusnya, ucapan daripada pengasas Lilttle Caliphs, Puan Hajah Sabariah. 

Ini lah Founder Lilttle Caliph


Seterusnya, part yang paling seronok, acara persembahan daripada pelajar2. Since kakak nena baru 4 years, and tak dapat sijil lagi, dia cuma participate dalam acara nyanyian. Itu pun siap ada rehearsal lagi. 


Tema untuk ihtifal tu adalah Free & Save for Palestine. Jadi kesemua persembahan adalah berkaitan Palestine. 



Dan nampaknya, ibu bapa yang terlebih happy. Dapat melihat anak2 menyanyi. Bangga! 




Ni adalah pose2 mommy pula masa ihtifal tu.









Ikal Mayang @ Astro FIRST




#ikalmayang , an initiative by WOMEN : girls for International Women's Day will premier on 8th March 2013.





And now I am watching it at Astro First. Additional Charges RM15 + 6% GST.


    Kuih Lapis Pancawarna


    Pagi ni, kala di luar rumah dingin kerana hujan. Ahkak tak boleh nak keluar beli sarapan. Maka ahkak mengambil inesiatif membuat kuih lapis. 

    Resipinya mudah dan mengambil masa yang singkat, maka boleh lah dibuat. Kalau lambat dan mengambil masa, tak dapat la nak membuatnya sebab nanti Daafi tu nak melekat je.  Ni cara membuatnya;
    • 1 cawan tepung beras
    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
    • 1 st garam
    • 2 paket santan serbuk
    • 1 st minyak masak
    • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
    • 4 cawan air

    Cara-cara

    1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
    2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
    3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
    4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
    5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
    6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
    7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
    8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak




    Cantik kan? Itu je kaler yang ada kat umah ahkak. 

    **resipi ihsan myresipi.com

    Saturday, 9 November 2013

    Aku Cinta Padamu, Kasih



    My 5th anniversary. 
    8/Nov/2008 ~8/Nov/2013

    Bisikan angin bayu bagai menggit kisah kita. Bertemu tanpa didiga dan kita serasi bersama. 
    Kasih, biarkan jiwa kita sahaja berbicara kerana ia lebih mengerti dan suci. 
    Kadang, yang terluah itu diolah oleh nafsu dan kemarahan, tapi jiwa kita kenal cinta utuh. 
    Bisa kesekian kalinya, aku ingin nyatakan cinta pada angin lalu, biar seluruh alam kembali terkenang hari kau menggenggam tangan Qadhi bagi berjanji setia dengan ku. 
    Aku cinta pada mu, kasih.

    Friday, 8 November 2013

    Vadey versi anak jawa

    Huhu semenjak menjadi suri rumah, memang kena mencuba pelbagai resipi makanan. Ini pula permintaan encik suami ahkak.

    Sejujurnya, memang ahkak tak pernah membuat kuih vadey ni . Sesetengah orang panggil magelek. Maka meng-google la resipi vadey ni. Dan akhirnya ini lah yang terhasil. 



    BAHAN-BAHANNYA:
    250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
    1 biji bawang besar, dadu kecil
    1 camca teh jintan manis
    2 tangkai cili kering, gunting kecil2 (ahkak tak guna, takut pedas)
    1 tangkai daun kari, dilurut
    Garam secukup rasa

    CARA-CARA:
    Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. (mat guna food processor). Tuang ke dalam bekas.
    Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
    Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
    Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan bagi menambah aroma.


    Semoga dengan sisipan resipi mudah ni, mane-mane yang mencari resipi vadey dapat membuatnya.

    Pomegranate








    Buah Delima selain daripada diketahui khasiatnya, ia juga adalah makanan Sunnah. Bila menyebut makanan Sunnah ni, maksudnya makanan ini digalakkan dimakan oleh Rasulullah SAW.

    Rasanya manis, dan warnanya merah, bak kata pepatah melayu " Bibir nya merah bak delima mekar".


    A message to Mr Aw

    Hi mr Aw. Sorry for disturbing you. I am thinking of tendering my resignation in 24 hours notice. 
    I really cannot help myself from this hard situation. I've been MC for a long week. My son is suffering from asthma. I need to really monitor of him. It would be taking about some time. 
    I am not leaving this career for long. I will resume my job might be somewhere in early next year.
    I hope you will be considering my application. I know it is not fair to you and to the company. But I dont have any other choice. 
    Since I am not handling many projects ( current is only MRT Sg Buloh & Park Manor only ), I think all the infos are safe kept by other engineers. 
    The company cars, all the keys and cards will be pass to Mary on Wednesday. I am not claiming for all the travel fees for the month of October.
    Thank you for your much consideration.
    Looking a good relationship on the future and really want to thank for all your kindness and your supervision. 


    Nur Efy Binti Mohd Hamdari
    ( I am writing in the ward with my son)


    Itu adalah sms ahkak kpd boss ahkak masa nk resign aritu. Masa tu boss ahkak kat oversea. And he replied : 


    Sedih kan baca reply drpd boss.. Sgt prihatin kpd masalah rakyat jelata. 

    Rezeki Allah





    Bila bercerita tentang rezeki, kita menang sentiasa terfikir one and only Duit. Pada kita, bila kita ber duit dan berharta itulah rezeki. Dan itu juga lah doa kita saban hari.

    Ini pun termasuk diri ahkak sendiri, rasanya bila cakap tentang rezeki, mesti otak terus divert tentang duit atau harta. 

    Namun, sering kita terlupa yang rezeki Allah itu sangat luas. Ilmu itu juga rezeki, anak itu juga rezeki, malah sihat juga rezeki. Ada orang sayang juga tak kira keluarga, sahabat malahan jiran juga adalah rezeki.  

    Kekadang kita takut bila kita kekurangan. Sebagai contoh kita rasa kerdil bila kekurangan kekayaan , tapi kita tak sedar kita telah dikurniakan anak yang hebat, keluarga yang bahagia. Itu juga rezeki. Bila kita lambat kahwin, kita merasa tak ada rezeki, tapi kita tidak tahu mungkin dengan berkahwin kala itu, kita akan mendapat suami yang baran, mertua yang tidak menyukai, kini kita ber rezeki dengan kehidupan solo. 

    Kerana itu juga, ahkak nekad berhenti kerja dengan notis 24 jam atas alasan anak yang ahkak sayang lebih mendahului carta keutamaan. Dia perlu diberi perhatian sepenuhnya. Walaupun ahkak telah meninggalkan jawatan yang baik dan gaji yang bagus, ahkak cuma berharap rezeki anak ini lebih luas dan lebih cerah di hadapan sana. 

    Thursday, 7 November 2013

    Bila Daafi masuk wad

    Remember the previous entry? Ala yang ttg tetibe dapat SMS kan.

    Hah on the same day , g bawak Daafi check up and yes he need to be admitted. 

    Sebab2 masuk hospital,Daafi perlu diberi gas (neb) dalam 2 jam sekali dan amik antibiotik.. Aduhhh sedih ahkak nengok kan tangan Daafi kena cucuk. 


    First nite tido, Mommy yang nangis sedih 

    Malam yang first day, every 2 hours, datanglah nurse, bawak corong neb tu. Daafi mesti nangis, bukan sebab sakit tapi sebab rimas kot. 

    The next morning, huh the toughest part, nak kena puasa 2 jam. Demn. Budak kecik cm Daafi tu yg memang 24-7 dok nak menyusu ngan mommy nye.. Terpaksa lah alihkan attention dia. Ajak main lah, tgk ikan lah, tapi berapa lama. Daafi kena puasa sebab nak buat tepuk kahak (percussion) bole search kat youtube cemano dia tepuk. Tujuan nya nak longgarkan kahak kat dada Daafi tu. Pastu nak kena sedut kahaknya. Ni lahi satu benda susah. Andai nya bayi masih diberi susu, takut bayi tersedak ketika ditepuk. Ohh itu lagi haru, tak nak ahkak Daafi masuk ICU. Jadi kena kuat tak boleh bagi susu dalam masa 2 jam. 

    Bawa Daafi tgk fish

    Meraung kena tepuk

    So hari kedua, pengambilan neb dikurangkan kepada 3 jam sekali. Ubat makan dan ubat antibiotik masuk kat tangan tu tetap ada ye. Kesian nengok kan Daafi, tiap kali nurse datang, mesti menyorok, macam takut sangat, padshal tak sakit ape pun, tapi ahkak percaya dia sangat FOBIA.

    Tapi Daafi masih aktif bermain sampsi ter-darah mulut akibat terjatuh dari kerusi; kerana melompat. 

    Tersenyum 

    Bibir berdarah

    Bila dah masuk hari ketiga, neb dah jadi 4 jam sekali. Tepuk dan sedut kahak masih dilakukan.






    Dan akhirnya, pada hari Jumaat baru dapat discharge. Itu pun minta nak balik. Huhu gile bil hospital dah beribu. Bayar sendiri, takde insurans. Company pun tak cover.

    Dan seterusnya Daafi harus diberi perhatian khusus. Penjagaan rapi perlu bagi memastikan Daafi tidak dijangkiti asthma yang teruk (tak bole dirawat) atau jangkitan peparu. 



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...