Picnic at Pantai Remis

Cuti Maal Hijrah yang lepas, bersama keluarga pak sedara, sekadar menghabiskan masa, kami berpiknik di Pantai Remis, Jeram.

Memang takde plan pun, cuma terpikir nak pergi selepas zuhur. Nasib baik mak sedara ada masak lontong. Maka itu lah bekalan yang kami bawa. 

Pantai Remis tu tak jauh sangat dari rumah kiteorang, lagi2 dah ada lebuh raya LATAR ni. Ambil masa dalam sejam lebih je perjalanan. 

Kami siap bawa tempat pembakar bagi tujuan nak membakar kerang. Pantai Remis memang terkenal dengan kerang , lala, kupang dan sewaktu dengan nya. Besar2 pulak tu. Memang berbaloi-baloi.

Nena pula dah siap bawa swimming suit, tapi tak boleh nak mandi-manda akibat air dah pasang waktu kiteorang sampai tu. Jadi ala-ala mandi pasir je. 

Bila dah hampir maghrib tu, kiteorang pun bergerak pulang. Takde beli ape2 pun. 









Comments

Popular Posts