Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, 8 November 2013

Rezeki Allah





Bila bercerita tentang rezeki, kita menang sentiasa terfikir one and only Duit. Pada kita, bila kita ber duit dan berharta itulah rezeki. Dan itu juga lah doa kita saban hari.

Ini pun termasuk diri ahkak sendiri, rasanya bila cakap tentang rezeki, mesti otak terus divert tentang duit atau harta. 

Namun, sering kita terlupa yang rezeki Allah itu sangat luas. Ilmu itu juga rezeki, anak itu juga rezeki, malah sihat juga rezeki. Ada orang sayang juga tak kira keluarga, sahabat malahan jiran juga adalah rezeki.  

Kekadang kita takut bila kita kekurangan. Sebagai contoh kita rasa kerdil bila kekurangan kekayaan , tapi kita tak sedar kita telah dikurniakan anak yang hebat, keluarga yang bahagia. Itu juga rezeki. Bila kita lambat kahwin, kita merasa tak ada rezeki, tapi kita tidak tahu mungkin dengan berkahwin kala itu, kita akan mendapat suami yang baran, mertua yang tidak menyukai, kini kita ber rezeki dengan kehidupan solo. 

Kerana itu juga, ahkak nekad berhenti kerja dengan notis 24 jam atas alasan anak yang ahkak sayang lebih mendahului carta keutamaan. Dia perlu diberi perhatian sepenuhnya. Walaupun ahkak telah meninggalkan jawatan yang baik dan gaji yang bagus, ahkak cuma berharap rezeki anak ini lebih luas dan lebih cerah di hadapan sana. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...