Vadey versi anak jawa

Huhu semenjak menjadi suri rumah, memang kena mencuba pelbagai resipi makanan. Ini pula permintaan encik suami ahkak.

Sejujurnya, memang ahkak tak pernah membuat kuih vadey ni . Sesetengah orang panggil magelek. Maka meng-google la resipi vadey ni. Dan akhirnya ini lah yang terhasil. 



BAHAN-BAHANNYA:
250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 camca teh jintan manis
2 tangkai cili kering, gunting kecil2 (ahkak tak guna, takut pedas)
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam secukup rasa

CARA-CARA:
Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. (mat guna food processor). Tuang ke dalam bekas.
Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan bagi menambah aroma.


Semoga dengan sisipan resipi mudah ni, mane-mane yang mencari resipi vadey dapat membuatnya.

Comments

  1. Replies
    1. Sedap dik.. Cube la, mudah je.. Tp akak nye vadey lom tip-top lg

      Delete

Post a Comment

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Popular Posts