Jenguk Blog


Dah lama tak menjenguk blog ni..

Dengan kesebukan menyiapkan dissertation tu, ditambah banyak nye komentar daripada supervisor, fuhhh memey banyak le yang nak kena buat. Termasuk questionnaires pun nak disemak.. Ye , silakan2. Namun segala tu perlu lah diikut kan sahaja demi nak menghabiskan sesi pengajian ni. Namun, hari ni lagi sekali terpaksa membaiki dissertation ni, ohhh mengharapkan boleh membuat presentation pada hari Ahad ni. Mari memanjatkan doa!

Sepanjang tiga minggu lepas (exactly 15days), ahkak pulang ke kampung. Masa bekerja, memang susah sangat lah nak dok kampung lelama ni, terlanjur dah berhenti kerja dan cik nena bercuti sekolah, maka lama sikit di kampung. 

Nena berkaca mata

Anak2 le yang paling seronok berada di kampung. Si kakak memang seronok dapat bermain, ye lah kawasan pun lapang. Si Daafi pun sama. Lagi dah macam anak orang kampung, tak takut nagn binatang. Ye, anak jantan! Habis semua ayam dikejar, katak pun nak dipegang. 

Daafi basuh ayam

Berbonceng beskal

Dan sekembalinya ke bumi KL ni, meneruskan perjuangan menyiapkan project akhir yang berbaki. Selamat berjaya. 


Comments

  1. Apa la lagi yang lebih seronok. Bercuti bersama keluarga, apalagi kalu dapat balik kampung!

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Popular Posts