Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, 21 December 2013

Stacked Up works

Huh semalam baru dapat permission utk present dr supervisor. Selain itu ade juga mendapat; mendapat makian drpd supervisor. Tak sangka pula seorang wanita yg lembut begitu mengeluarkan kata2 kesat. Ok telan je , sbb nak abiskan juga master ni.

Esok, ada kelas dan juga ade final presentation. Slide untuk present esok pun blum buat lagi.. Bertabah lah diri!

Setelah itu, full dissertation perlu di hantar kepada supervisor pada 11/1/2014. Sebelum tu nak kena check lagi beberapa kali. Nak kena maki lagi.. Aduh mari lah tahan je diri ini dari menangis.

Assignment problem solving pun perlu di hantar pada 12/1/2013. Itu pun banyak juga nak disiapkan. Blue ocean lagi nak kena paham sebelum nak siapkan.

Kepala dah mula pening2 ni, ditambah dengan kurangnya tidur. Takpelah, mari kuatkan hati. Tak sampai sebulan lagi, harapnya semua ni akan berakhir.

Kemudian, di tahun baru ni, ada satu azam yang besar. Perlu mendapatkan title Ir. Dah bertahun kerja, inilah ultimate goal dalam engineering.

1 comment:

  1. wah...banyak2 bersabar.. semoga berjaya mendapat apa yang diimpikan.. :)

    ReplyDelete

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...