Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, 31 December 2014

Menuju 2015

Salam Keharmonian,

Syukur, hari ini hari terakhir dalam tahun 2014. Seperti tahun yang lepas, saya juga lebih gemar menulis apakah pencapaian tahun 2014 berbanding azam tahun baru.

Tahun ini walaupun bermula dengan payah kerana saya telah berhenti kerja juga kerana tekanan menyiapkan thesis untuk masters, namun akhirnya dapat dirasakan ia adalah tahun yang membanggakan.

Tahun ini juga , ditipu oleh satu sayarikat perumahan terbesar di selatan tanah air. Setelah selesai semua medical check up untuk bekerja, tiba-tiba kata permohonan ditolak. Deposit rumah sudah le hangus, eiris diana dah berhenti sekolah, lori sudah ditempah. Bagai satu mimpi ngeri yang berlalu pergi.

Namun pertengahan tahun ini, bermula kejayaan bagi saya. Saya dianugerahkan sarjana pengurusan projek dari UTM. Pengalaman beharga ini amat membanggakan saya dan keluarga saya. Walaupun sewaktu konvokesyen tersebut, tiada sesiapa pun yang masuk ke dalam dewan sebagai tetamu saya. Namun saya tetap bersyukur.

Seterusnya, saya diterima bekerja di satu "consulting engineering". Terus lah bermula dengan bekerjaya seperti biasa sebagai jurutera awam.

Apa yang membezakan tahun ini dengan tahun-tahun yang lain, saya kini telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Saya kini seorang professional learning facilitator. Saya juga telah menghadiri kursus HEARTS anjuran HRDF untuk suri rumah bekerja dari rumah. Saya adalah seorang ajen menjual produk "clay" untuk sertu dan tayamum.

Doakan kejayaan saya yang berterusan untuk tahun 2015 ini. Benar ini satu tahun yang mencabar, moga saya dapat menhadapi nya dengan baik. Tahun 2015 ini  lebih banyak projek yang bakal saya lakukan.


Malaysia diuji lagi

Salam Keharmonian,

Dunia sekali lagi digemparkan dengan insiden kehilangan sebuah kapal terbang milik Air Asia . Walaupun ianya Air Asia Indonesia yang berlepas daripada Surabaya ke Singapura QZ8501 yang berlepas pada pukul 05:35 (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Changi pada 08:30 (waktu tempatan), namun telah hilang atau terputus hubungan pada pukul 06:24 (waktu tempatan).


Sepanjang tempoh hampir 48 jam, pesawat tersebut tidak dapat dikesan. Namun berdasarkan "wave" daripada talian telefon salah seorang mangsa penumpang peasawat tersebut. Kala, tentera / penyelamat dikerahkan ke kawasan itu, mereka menemui 3 mayat yang kembung terapung di Laut Jawa.

Kini, bangkai pesawat QZ8501 juga telah ditemui menggunakan alat pengesan alatan sonar yang mana ia terkubur di dasar Laut Jawa. Terkini, pihak penyelamat akan mendapatkan kotak hitam pesawat terbabit bagi mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku.


Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui setiap apa yang dirancangkan. Moga mereka ditempatkan di kaalngan orang yang Soleh. Aamin.

Wednesday, 24 December 2014

Faedah Tulis Tangan

Salam Keharmonian,

Dalam era moden kita, bilamana kita sering dilambakan dengan gadjet, lalu kita terus lupa mencatat nota melalui kaedah "tulis tangan". Kita sibuk menaip mahupun menggunakan tab kita merekod kan segala macam perkataan yang keluar daripada mulut penceramah mahupun guru kita.

Lalu kita lupa tentang kepentingan dan kebaikan mencatat nota dengan cara "tulis tangan". Malah diri saya sendiri lebih gemar mencatat apa yang saya faham berbanding membaca nota yang disediakan oleh pihak penganjur. Pernah juga saya dikatakan ketinggalan zaman kerana mencatat menggunakan ipad saya, tapi saya rasa lebih selesa menulis secara konvensional.


Walaupun menaip itu lebih pantas daripada menulis tanagn, namun yang perlahan itu yang bersesuaian dengan konsep pembelajaran.

Menurut seorang pakar psikologi Pam. A Mueller dari Princeton University dan Daniel M. Oppenheimer dari Universiti of California, mengesan betapa buruk nya kesan menggunakan laptop atau telefon pintar sewaktu mengambil nota dalam kelas. Kerana menulis tangan yang perlahan itu lebih baik kerana ia melambatkan proses pembelajaran dan proses memasukan ilmu ke dalam minda. Ini kerana dengan menaip semata, proses itu tidak melibatkan sebarang proses "critical thinking", manakala dalam proses menulis tangan dalam menulis nota , otak kita akan meransanag saraf dengan jumlah pengetahuan yang kita tulis.


Melalui satu penyelidikan sains, walaupun kita tidak dapat mencatat kesemua perkataan yang kelaur daripada mulut penceramah/guru, namun frasa-frasa yang kita dapat untuk ditulis itu yang dikira pakai oleh otak kita. Kerana otak kita menganggap bahawa itulah "frasa-frasa" penting yang perlu diingat. Seterusnya, kita hanya akan menulis dengan "ayat yang kita faham" bukan ayat yang orang lain faham. Lalu proses ini lah yang amat berharga, kerana kita telah berjaya memasakan info ke dalam otak kita.

Dan atas sebab itu juga, kanak-kanak yang kreatif lebih berminat menconteng kerana sesungguh nya ia dapat meransang otak mereka berfungsi.



 

Seorang pakar psikologi berbangsa Perancis, Stanislas Dehaene berkata, sehinggakan samapai satu ketika kita akan melarikan diri untuk menghadap laptop, dan terus menulis secara konmvensional kerana aad satu nueron dalam perkataan yang kita tulis bakal berhubung terus dengan mental stimulasi otak kita. Akhirnya kita patut merasakan , pembelajaran adalah mudah dengan cara konvensional.


Tuesday, 16 December 2014

Buku Berilmu vs Buku Bernafsu

Salam Keharmonian,

Semenjak dari kecil lagi saya adalah seorang yang sangat gemar membaca, sehinggakan di zaman kaank-kanak saya, saya pernah dimarahi oleh emak akibat mengunci pintu bilik kerana menyorok-nyorok membaca. Akibatnya, saya memang tidak akan menjamah makanan jika novel penyiasatan Sri Salmah tidak ke muka akhir.

Habit ini terus hingga saya di zaman remaja saya. Ketika belum mempunyai pendapatan (masih menuntut), saya akan asingkan duit biasiswa saya untuk membeli novel sepanjang semester tersebut. Mungkin kala itu hanya dapat memiliki sepuluh buah novel (RM17.00*10). Kemudian, buat sistem tukaran dengan kawan yang meminati novel juga. Tapi idea ini tak berbaloi kerana pada akhir semester, tak de satu novel pun yang dapat kembali kepada saya. Semuanya arwah kerana "hilang" di persimpangan pertukaran banyak tangan. Aduh.

Selepas ada pendapatan, setiap bulan mesti membeli novel keluaran Alaf 21. Tapi kali ini, memang tiada istilah "pinjam-meminjam" kerana takut sangat hilang novel ini di pertengahan jalan, Langsung, koleksi novel ini memang banyak, sehingga boleh dijual sebagai "preloved novel" yang memang kondisi nya sangat baik kerana hanya dibaca sekali sahaja.

Sebahagian novel simpanan saya yang telah dijual
Namun, semakin lama dibuai indahnya fiksyen dalam novel tersebut, kini saya telah melupakan tabiat tersebut. Rupa-rupanya inilah dikategorikan "buku bernafsu". Tuan guru telah menyentap saya dari terus dibuai mimpi indah mendapat jejaka paling kaya yang paling kacak.



Jadinya, saya merubah jenis pembacaan saya. Yang minat membaca tu kekal, namun bahan bacaan nya itu perlu yang menghasilkan ilmu.


Walaubagaimanapun, sesungguhnya pembacaan buku berilmu itu amat payah, tidak semudah menggambarkan indahnya kisah lelaki tampan berkereta alfa romeo. Ia perlu dedikasi dalam pembacaan. Saya sedang belajar meminati buku-buku berilmu ini.

Biar lah perlahan, daripada tidak bergerak langsung. Moga usaha ini diberkati yang Esa.

Buku-buku yang telah saya baca sepanjang 3 bulan ini


Monday, 15 December 2014

Apa Itu Affiliate?

Salam Keharmonian,

Hujung minggu lepas, saya berpeluang menghadiri seminar menjana duit melalui affiliate. Tapi ramai yang salah faham, apakah itu affiliate..



Affiliate bukan SKIM CEPAT KAYA .

Affiliate bukan MLM.

Tapi ramai lagi termasuk saya yang masih blur tentang affiliate. Namun satu website menjual ebook termasyur di Malaysia , www.klikjer.com ada panduan lengkap tentang affiliate ini.. Boleh terus klik.









Selamat ber affiliate, semua.




Monday, 8 December 2014

Pilihan; Doktor O&G Perempuan Muslim

Salam Keharmonian ,

Tiap kali kita bangun dari tidur, seawal itu pun kita sudah ada pilihan ; mahu teruskan mimpi kita atau bangun dan realisasikan mimpi itu.

Nak dijadikan cerita, dalam menjalani hidup kita sehari-hari, kita ada PILIHAN, maka buat lah pilihan, jangan disalahkan situasi atau keadaan yang berlaku, kerana kita ada pilihan.

Terkini, isu bidan lelaki menyambut kelahiran dan tentang aurat wanita itu, ramai yang gemar memaki dan menyalahkan hospital kerajaan yang tidak menyediakan doktor atau bidan wanita. Lalu isu ini terus berpusing, ada yang berpendapat begitu, ada yang berpendapat begini. Hinggakan ada doktor yang berkecil hati dalam coretan nya berkata ".. yang sibuk pasal doktor laki menyambut kelahiran, aurat nya di luar tu dijaga ke?.."

Kisahnya, kita kan ada pilihan, ada doktor wanita di hospital swasta, maka pergilah ke hospital swasta, mengapa nak disalahkan kerajaan yang tidak mencukupkan doktor wanita.

Kalau isu nya mahal bayaran di hospital swasta, kalau itulah jalan nya suami dapat menutub aib isterinya, mengapa tidak diusahakan bayaran itu? Bukan kah itu sudah termasuk nafkahnya , memberi tempat perlindungan. berlindung daripada fitnah dunia.

Jika itulah harga sebuah perlindungan, usahakan lah wahai suami. Si isteri pun tetap boleh membantu. Inikan untuk keselesaan kita juga. Kita sudah punya hospital swasta yang terbaik pada harga mampu milik. Juga dilengkapi dengan konsep keislaman sebagai contoh Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru.

Pengalaman saya bersalin di hospital tersebut untuk kedua-dua kelahiran anak saya sangat baik. Daripada hal check-up hingga lah ke hal menyambut bayi, saya diuruskan oleh doktor perempuan, Dr Rose dan Dr Norlida.

Bayaran juga yang dikenakan masih lagi relevan juga servis yang diberikan amat memuaskan hati. Semasa proses kelahiran juga, suami saya sentiasa berada di samping saya. Syukur dengan peluang tersebut.

Jadi mengapa  kita terus membesar-besar kan isu yang boleh kita selesaikan. Bukan kan kita perlu berfikir untuk mencari solusi bukan terus mencari salah orang lain, kerana dengan membuktikan kayu orang lain bengkok belum tentu dapat meluruskan kayu kita.

Pilih lah, kerana kita punya pilihan!


Anak - anak saya yang sedang membesar , lahir disambut oleh doktor perempuan muslim. 

Thursday, 4 December 2014

Cabaran Negara Pencetus Idea


Salam Keharmonian


Memetik sedikit ucapan terbuka YB KJ di UTM semalam,kita sedang ke arah berubah dari negara pengeluar /pemasangan kepada negara pencetus idea ( from world factory to world laboratory).

Cabaran nya kita perlu menjadi hub pengetahuan,sebelum kita boleh menjadi pencetus idea yang kreatif itu. Minda watan kita perlu dididik dari anak-anak lagi untuk berfikir dan berani memberi idea. Dari bersendiri kepada berkongsi, dari nonton tv kepada meniru varsi, dari menyepi kepada mahu memberi, dari main lori kepada tahu betul kan lori.

Namun ada cabaran yang  lebih besar dari itu, minda ibu bapa yang melahirkan generasi ini yang perlu DIBERSIH-CUCI

Dalam gambaran ibu bapa, jika anaknya tak masuk universiti, anaknya gagal hidup. Jika anaknya sekolah teknik, anaknya kurang hebat dari anak jiran. Bila anaknya tamat belajar, mesti kerja dengan kerajaan, terjamin, kalau nak ber bisnes, pasti ditentang habis-habisan. 

Lalu, ini lah cabaran pembangunan insan alaf baru. Pembelajaran atau cetusan idea bukan lah hanya dalam persegi kelas darjah, mahupun ternamanya universiti, atau cemerlangnya SPM si anak. Atau pun, senangnya hidup pekerja kerana dia orang kerajaan, ada EPF, ada pencen, senang beli rumah, anak dapat pinjaman buku teks.  

Cetusan idea lebih daripada itu, ia hadir tanpa perlu ada bilik darjah, tanpa perlu ada segulung ijazah mahupun sekeping geran tanah. Maka ibu bapa perlu dikhabar-khabar kan dengan orang-orang teknikal juga hebat, berani ber bisnes juga hebat, bermain muzik juga hebat waima yang kerja baiki lori juga hebat. 

Bila semua sudah faham, barulah mudah mencetus ilham anak bangsa. Berani berideologi, berani berdikari untuk memberi sumbangan dalam "intellectual property". Dan pada akhirnya, impian membina negara bangsa yang kreatif dan innovatif akan terlaksana. 

Ia bukan sekadar dasar yang dibuat, namun ia adalah "actionable knowledge" yang hebat. 


Tuesday, 2 December 2014

Ikhlas Bersyukur

Salam Keharmonian.

Kita memang sudah faham erti syukur, namun hati kita masih belum ikhlas bersyukur.

Kerana apa?

Kerana, selagi ada ruang dan peluang untuk mengeluh, kita tetap mengeluh. Walaupun apa yang kita keluh kan sememangnya terkena kepada diri kita, kita terlupa dan terkhilaf kerana ada lagi orang yang lebih teruk menghadapi.

Kadangkala, kisahnya mudah sahaja, ada ketika kita kurang berkenan dengan sesuatu barang atau jenama, contohnya kita tidak meminati kasut Adidas, tapi kita pernahkah terfikir ada orang yang sangat mengharapkan sepasang kasut biar pun ia cuma selipar buruk.

Lalu, kita zahirkan kita bersyukur, namun di sudut hati kita masih lagi mengeluh. Inikah yang dikatakan ikhlas bersyukur? Lalu marilah kita bersama mendidik hati kita untuk bersyukur terutamanya diri saya ini.

Sesungguhnya, janji Allah itu, yang bersyukur itu Allah akan tambahkan tapi yang tidak bersyukur, azab Allah amat pedih. AllahuAkbar.

Marilah kita bersama-sama berterusan bersyukur kepada Allah dengan ikhlas.

video

**video ikhsan daripada youtube


Monday, 1 December 2014

Kini atau Lupakan Sahaja (Now or Never)

Salam Keharmonian,


Dalam menjalani lorekan hidup ini, kita hanya akan bertemu dengan dua pilihan sahaja. Jarang yang hadir itu, nisbahnya lebih daripada dua. 

Andai bukan kanan, maka kiri lah. Jika bukan menaik, jadi lah menurun. Kalau bukan hadapan, jadinya belakang lah. Juga, jika tidak muda, sudah tua lah. Bukan tinggi, pastinya rendah. Lalu seharusnya kita faham konsep ini, andai tidak berubah sekarang, maka kita tak kan berubah. 

Perkataan "cuba" sudah boleh dipadamkan dalam kamus Dewan Bahasa, kerana perkataan ini tidak memberi sebarang maksud. Jika diarahkan, "cuba jatuhkan pen itu". Maka apakah tindakan kita? Jika memang terjatuh pen itu, maka itu adalah sudah jatuh. Jika ia masih di tempat yang sama , maksudnya ia belum jatuh. Jadi keadaaan manakah yang berkeadaan "cuba" itu?

Berbalik kepada cerita saya, hari ini dan kini saya berubah. Terus berubah menjadi orang yang hebat. Hari ini terus kita buat "homework" yang telah guru kita amanahkan. Untuk berubah, saya tidak boleh bertangguh kerana jika tidak sekarang, maka ia tidak akan bergerak berubah. 

Janji diri saya, inilah ilmu Allah yang perlu saya ambil dan saya kembangkan. Jangan bertangguh , kerana yang bertangguh itu orang yang tidak menghormati waktu. Sedangkan dengan waktu itu Allah telah berjanji, bahawa hanya orang yang menghormati waktu dan menghargai waktu yang tidak akan rugi. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. 

Doa-doakan saya terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. 




Monday, 24 November 2014

Belajar Berguru

Salam Keharmonian semua.

Meniti hari-hari terakhir di bulan November ini, seharusnya kita rasa gementar, kerana pantasnya masa berlalu, kini menjengahnya tahun baru. Bagi diri ini, saya tidak pernah sekali pun mempunyai azam tahun baru, tapi tiap kali akhir tahun, saya akan meng'audit' diri ini, apakah pulangan atau kejayaan yang saya kecapi sepanjang tahun tersebut.

Namun tahun ini berbeza, beza yang amat terang daripada yang terdahulu. Terakhir kini, saya kerap menghadirkan diri dalam kelompok manusia berjaya. Duduk sebaris mereka, makan bersama mereka menadah ilmu kejayaan mereka. Mengutip berlian-berlian yang mereka taburkan untuk saya.

Saya, di kelompok mereka, terasa amat kerdil lebih kerdil dari semut merah. Mereka semua sudah berada di atas tangga tersendiri membina nama dan empayar. Lalu, saya bertanya, tidak malu kah diri ini berkongsi bumbung yang sama dengan mereka? Jawapan nya TIDAK. Kerana menurut tuan guru saya, bina pondok kecil di tepi taman larangan Istana Kayangan.


MIFF Clay: Part 2 (tayammum powder)

Selepas mempekenalkan hand clay wash, satu lagi produk keluaran Miff Marketing adalah tayammum powder.


Harga retail untuk tayammum powder ini adalah RM9 sebotol. Ia mudah dibawa ke mana -mana dan sesuai untuk semua lapisan umur. Produk ini amat membantu bagi pesakit di hospital yang tidak boleh terkena air atau tidak boleh bergerak untuk ke tandas.

Sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi saya.

Thursday, 13 November 2014

MIFF Clay : Part 1 (hand clay wash)


MIFF Clay adalah satu-satunya produk "tanah liat"/ "clay" yang diperakui oleh pihak JAKIM.

Pelbagai produk clay ini yang terdapat di pasaran bagi memudahkan Muslim mengggunakan nya dalam kehidupan seharian.

Produk yang terlaris adalah "hand clay wash" yang mana, clay telah dibancuh untuk penggunaan terus pengguna Muslim bagi tujuan penyucian daripada najis Mughalazah. Dalam pada itu, produk ini juga boleh digunakan segabai "hand sanitizer" yang biasa sahaja.


Produk hand clay wash ini yang datangnya dalam 500ml ini berharga RM18.



Saturday, 8 November 2014

Mana Nak Dapatkan Photo Book Yang Cantik

Eh.. Eh.. Eh.. semua tengah busy ngan kenduri kahwin, potong jambul anak le, yang ada lagi sibuk dengan bercuti ngan keluarga atau rakan-rakan.

Bila tengok timeline facebook, semua sibuk update gambar cantik-cantik. Huh lagi-lagi sekarang dah #trending kan ngan instagram, lagi banyak gambar yang di "upload".

Tapi ramai yang masih lagi nak abadikan kenangan gambar-gambar tu dalam photo book / photo album kan. Tapi huh tak sempat nak buat design sendiri. Nak suruh orang buat, cnthya nak suruh designer atau photographer memang dieorang charge mahal ler..

Ada sesetengah photographer tak nak pun ambil gambar kita untuk buat design sebab katanya gambar kita kurang berkualiti.

JANGAN SUSAH HATI !!!!!

Ni hah contoh design photobook yang dah siap tinggal masukkan gambar kita jer. Nak masuk kan gamabr pun mudah, takde lah kita perlu belajar bab-bab design photoshop ke. Mudah dan ringkas untuk orang-orang sibuk seperti kita.






Jangan lupa klik sini je, untuk dapatkan cnth2 design yang cantek2. Konfom tak nyesal punya. Ni jenis harga patut ni.



Friday, 31 October 2014

Kanser bukan kudis buta

Salam keharmonian,

Pagi ini, seorang rakan rapat yang pernah makan lauk yang sama, mandi air yang sama dan tidur se-dorm yang sama menulis coretan seperti tajuk di atas.

Apakah maksudnya?

Rakan itu mengibaratkan yang walaupun mempunyai kanser, tapi itu bukan kudis untuknya. Dia tetap tabah menghadapi jalan hidupnya. Menurut coretan ringkasnya, beliau bakal menjalani  pembedahan pada esok hari, dan seterusnya akan menjalani "chemotherapy" sehingga selesai semua sel-sel kanser tersebut.


Hanya titipan doa sahaja yang bisa dikirimkan untuk nya. Lalu secebis nota ditulis untuknya daripada lubuk hati yang paling dalam.

Semoga selamat semuanya teman.

Inilah bait-bait kata yang telah dikirimkan untuk nya:

- Secebis nota buat kawan sebaik anda-
Biarpun hidup diselimuti kesedihan akibat berita luaran, namun semangat dalaman adalah terhebat.
Yang terpenting saat ini, tabahlah sahabat, kuatkanlah tekad, pasak kan lah iktiqad, bahawa yang terkesan adalah SIHAT.
Bahagia itu bukan diukur daripada senangnya kita, segarnya suasana, indahnya berita , banyaknya harta, namun ia ditimbang adil oleh dimana letaknya hati kita.
Hati kita yang sentiasa bersyukur, sujud mendekati Illahi kerana pada akhirnya kita adalah milik-Nya.
Janji alam pada tuhan-Nya, syukur itu penambah, pemacu, pemangkin bahagia seorang hamba.
Aku doakan kau bahagia, walau dengan cara engkau sendiri tanpa peduli apa yang engkau rasakan. Aku memang tidak merasa apa yang engkau zahirkan, tapi sesungguhnya tuhan telah pilih engkau sebab engkau lah yang TERPILIH.
-aku, teman sedorm-

Tuesday, 28 October 2014

Vision Board

Salam Keharmonian ,

Satu kemestian bagi orang yang berjaya, samada MAHU berjaya, BERJAYA atau TELAH berjaya, mereka ada "vision".

Vision ini secara literal adalah penglihatan ; nampak . Dan secara maksudnya, apa yang kita akan nampak di hadapan sebagai cit-cita kita, target kita. Bukan sekadar manusia sahaja perlu ada "vision" ini, negara MALAYSIA yang kita cintai ini juga mempunyai Vision 2020 atau Wawasan 2020 yang mana ia telah dipasak kan di hati dan minda rakyat nya selama berpuluh tahaun tahun bahawa ia perlu dicapai pada tahun 2020.

Dan, "vision" ini sentiasa diulang-ulang. Kerana apa??

Kerana, otak separuh sedar (sub-conscious brain) kita perlu kepada ulangan dan dia akan simpan sebagai sesuatu yang sebenar. Dan kehebatan otak separa sedar ini sangat hebat 90% daripada otak sedar yang hanya berfungsi setakat 10% daripada keseluruhan fungsi otak.

Atas sebab itu, satu "vision board" telah diwujudkan bagi merangsang otak separa sedar kita untuk merealisasikan impian itu. Moga kejayaan itu milik kita semua.

Kita boleh hasilkan "vision board" kita sendiri dengan cara kita sendiri.

p/s: sumber images dalam "vision board" kita boleh diambil daripda google. Terima kasih Mr. Google. 


Mengikut arah lawan jam: 
  •  mengembara/melancong ke seluruh dunia
  • mempunyai syarikat pengiklanan yang terbaik
  • mengerjakan fardhu haji
  • panduan hidup iaitu, kita yang mencipta siapa kita
  • memiliki tadika yang melahirkan banyak cawangan
  • mempunyai keluarga impian mengikut landasan Islam

Mengikut arah lawan jam: 
  •  memiliki Villa Harmoni Effy Azman
  • mempunyai bangunan komersial yang dikenali Effy Tower
  • mempunyai cahayamata kembar
  • mempunyai pusat setempat bagi pelaburan hartanah
  • mendapat cek sebanyak RM12,345,678.00

Mengikut arah lawan jam: 
  • bahagia hidup bersama suami tersayang, Azman Rosmin
  • mempunyai perniagaan logistik terhebat di seluruh dunia
  • mempunyai kewangan yang banyak bagi membantu Ummah
  • mempunyai kereta mewah 
  • mempunyai kehidupan yang sihat , meniti hari-hari bersama suami tercinta
Di sini, terpanggil untuk berkongsi secebis video untuk "vision board" ini. Pengisian nya sama tapi pendekatan nya yang berbeza.

video

Monday, 27 October 2014

Pelan Tindakan Daripada Seorang Jurutera Kepada Pengurus Projek

Salam Keharmonian,

Sebagai seorang jurutera, cita-cita tertinggi kita adalah menjadi pengurus projek. Bermula dengan langkah seorang jurutera muda, kita belajar kesemua pelan dengan terperici (detail design), kesemua spesifikasi (specification). Kemudian bila kita mula boleh berdiri sendiri mengendalikan projek daripada peringkat perancangan sehingga ke peringkat penyerahan kepada "end user" , maka kita layak digelar penguirus projek muda.

Namun perjalanan ke tahap itu sudah tentu nya memakan masa dan tenaga. Selain daripada jurusan kita sahaja yang perlu diambil kira, kita perlu mendalami kesemua aspek dalam pembinaan. Sebagai contoh, kita seorang jurutera awam, maka kita perlu tahu memahami  serba sedikit tentang bahagian arkitek, bahagian elektrik juga sedikit tentang kontrak.

Dalam pelan tindakan itu, beberapa ciri jurutera perlu diterapkan iaitu:


  1. Berdaya saing  [COMPETENT]
  2. Bersungguh      [COMMITTED]
  3. Dipercayai       [CREDIBLE]
  4. Berwatak          [CHARACTER]
  5. Terpuji             [COMMENDABLE]
Setelah melepasi tahap ini, terdapat beberapa lagi kemahiran yang perlu dipelajari oleh pengurus projek iaitu:

  1. Kemahiran berkomunikasi
  2. Kemahiran mengurus
  3. Kemahiran mengendalikan projek
Moga secebis nota ini dapat membantu para jurutera muda di luar sana dalam mencapai tahap tertinggi dalam pengurusan pembinaan iaitu PENGURUS PROJEK/PENGURUS BINAAN.

nota kaki : cebisan nota ini daripada Ir Tunai, pada seminar IEM . 




Thursday, 23 October 2014

Mencari Chinta

Salam keharmonian,

Teringat kata cikgu June / #junewriter.. Katanya, mari mencari chinta.. Tapi cinta yang bagaimana? 

Jenis cinta yang kita pilih ini jika tidak berhati-hati pasti mengundang masalah di kemudian hari. 

Ahkak juga sedang mencari chinta. Cinta hakiki. Kembali mencari jalan pulang. Kekadang kita terbabas di jalan sendiri, dan bila ada orang menegur baru kita tersedar kembali. 

Cerita nya begini.. Ahkak telah menjumpai satu group di fb yg nak kan kita habiskan satu juzuk Alquran seminggu. Bila kita ada sekawan ber-tiga puluh orang, jadi setiap minggu, kita akan khatam Alquran. Setiap 30 minggu / 7 bulan 2 minggu kita sendiri akan khatam Alquran. 

Memang nampak usaha ini kecil, tapi ahkak ni baca Alquran pun sedikit sangat berbanding kurniaan yg Allah dah beri. Jadi mulakan dengan langkah yang kecil, tetapi ia bisa membesar. Moga ada saudari-saudara yang mahu bersama-sama.

WallahuAlam

Wednesday, 15 October 2014

Nak Sewa Bilik?

Ahkak ada menawarkan bilik untuk disewa. Lokasi nya di Kepong. Tapi untuk WANITA MUSLIM je ye. Yang abe-abe  jangan nak tanya ada tak untuk mereka.. hehe utk abe-abe ada, tapi bulan depan le ye..

Ahkak sediakan rumah yang fully furnished termasuk Unifi percuma, dapat katil , tilam dan bantal. Selain tu, rumah ni dah dilengkapi stove,peti ais, mesin basuh dan fully grill  gril ye.

Kondo ni juga dilengkapi security 24hours dan swimming pool dan mini market. Kemasukan untuk bulan November ni. Siapa berminat boleh menghubungi ahkak ye : 0132619887

Pintu yang ber gril


Ruang Tamu 

Peti Sejuk

Kitchen Cabinet with Stove

Master Bedroom

Toilet

Mesin Basuh

Wednesday, 8 October 2014

Tiga Tips Rumahtangga Bahgia

Ehem ehem... dah masuk cuti sekolah ni. Banyak btul orang yang nak mendirikan masjid. Semua pun mengimpikan masjid yang dibina mahabbah , mawaddah warahmah. Di sini ingin dikongsikan tiga (3) tips untuk membina rumahtangga bahagia.



Yang pertama : Mesti toleransi

Semua pasangan memikirkan yang bertolak ansur itu sekadar kita faham apa kehendak pasangan tapi sebenarnya toleransi itu menerima apa yang kita tak suka tentang pasangan kita. Bertoleransi dalam melayari bahtera rumahtangga. Itulah yang paling penting tips rumah tangga bahgia

Yang kedua : Mahu Bersabar

Kita sering terlupa untuk bersabar dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga kita. Di setiap situasi kita perlu bersabar dan selesaikan dengan baik. Juga kerap berdoa agar tuhan hadiahkan kita dengan sifat sabar untuk melayani karenah pasangan kita. Kekadang tuhan hanya mahu kita bersabar ssedikit sahaja lagi dengan memberi sedikit karenah kepada pasangan kita. Tips ini akan membantu rumahtangga bahgia

tips rumahtangga bahgia


Yang ketiga : Tahu Bersyukur

Kita terlalu lalai hingga lupa bersyukur. Syukur dengan kurniaan tuhan yang mendatangkan pasangan untuk kita. Terfikirkah kita yang ramai lagi merayu berdoa kepada tuhan untuk mendapatkan pasangan. Jangan diungkit buruknya pasangan kita, yang kurang itulah yang menyempurnakan kekurangan kita.Ini adalah tips penting rumahtangga bahgia.

Bagi yang terus mengharapkan tips-tips berguna  untuk rumahtangga bahgia, Elok dapatkan ebook tersohor ini. Kisahnya, ramai yang mendapat pencerahan tentang rumahtangga bahgia di sini.  Jangan dilengahkan lagi kesempurnaan ini.




Tuesday, 7 October 2014

Aidil Adha




Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. 

Daripada :

Effy & Family

Tuesday, 30 September 2014

Love Cookies




Hi love...

Mommy is happy to wish my princess a Happy Birthday. You are 5 now dear. By the time you can read this message, mommy wants to tell you that mommy love you very much. You are always be my baby girl till Jannah. Mommy always prays for your health, success and Solehah. Be a good girl to everybody in this world. Believe that, you are GREAT!

Happy Birthday Eiris Diana.

Friday, 26 September 2014

Kita Hebat



Pernah tak sekali kita menghargai diri sendiri? Biasa nya kita terlupa untuk memberi penghargaan kepada diri kita sendiri. Bila kita sentiasa menghargai orang lain, orang akan rasa penghormatan buat diri mereka, sama juga dengan diri sendiri, ia adalah suatu penghormatan buat diri kita.

Ada yang malu nak beli hadiah buat diri sendiri, kerana takut dikatakan syok sendiri, namun ia merupakan suatu yang berharga kerana hadiah yang kita belikan untuk diri sendiri adalah yang TERBAIK, yang paling kita SUKA dan yang paling penting ia adalah daripada hasil titik peluh kita sendiri.

Percayalah, dan jangan lupa diri kita adalah hebat, dan kita perlu memberi penghargaan kepada diri sendiri apabila kita berjaya mencapai target kita. 

Hay Day

Korang pernah tak stucked or addicted to one game? Yang mana masa kerja pun rasa nak sangat bukak game dan main game tersebut.


Dulu kan orang2 sgt suka main candy crush, sebelum tu temple run ler.. Ala pastu yang plg tak suka, orang g invite-invite kat facebook.. Aduh menyampah btul.





Tapi ahkak ada ter suka kat satu game ni, tapi tak pernah ye invite-invite orang kat facebook. Nak main, main le sesorang, tak yah nak libat kan orang. Game tu name nya, Hay Day.

Game ni, cam Farm Ville dulu, jaga ladang, bela lembu, tanam jagung, pancing ikan, buat kuih, boleh cari emas permata dan boleh bina kota sendiri. Cara nak cari duit, samada jual kat gerai tepi simpang, penuhi order daripada syarikat dan hantar melalui lori dan kapal, ada juga orang datang ladang kita nk beli barang. Di kota kita tu, kita ada train station yang datang bawa tetamu dan penuhi apa yang tetamu mahu. Samada hendak ke grocery shop, atau cinema atau spa.


Anak ahkak pun pandai tolong ahkak harvest or pancing ikan kat ladang ni. Kira kalau tinggal ipad, boleh mengharapkan dia jaga ladang ni.. hehehe. Konsepnya jangan lalai ye main game, kekadang boleh terbawak tak nak memasak. Sbb syok sangat menanam pokok. HuhuHu

Meh , ahkak belanja gambar Hay Day ahkak..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...