Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, 25 March 2014

Tamatnya misteri



Detik 10 malam 24/3/2014 menjadi suatu lipatan sejarah bagi dunia juga bagi rakyat Malaysia khasnya. Misteri kehilangan MH370 terjawab. Setelah press conference dilakukan oleh DS Najib tentang pesawat tersebut yang telah menjunam di Lautan Hindi.

Pihak MAS pula mengumumkan tiada satu pun yang selamat. Allahu Akbar. Besar nya kekuasaan Allah yang boleh mengambil nyawa seramai itu dalam sekelip mata. Tenanglah jiwa-jiwa di sana; di alam kekal. Jasad mereka terkubur di lautan hindi; lautan yang ganas. 

Kini seluruh dunia sedang berduka, meratapi kesedihan tragedi ini. Ini dikira satu tragedi yang terburuk dalam sejarah penerbangan moden dunia. Namun sehebat mana pun manusia, hebat lagi Yang Pencipta. 

Alfatihah buat yang terkorban juga kepada famili mereka. Tetaplah janji Allah itu! 



2 comments:

  1. takziah buat keluarga yang terlibat.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal...

    Sedih kan...rasa mcm x percaya...

    https://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...