Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, 22 August 2014

Malaysia Berkabung ( Mourning Day)


Tanggal 22/8/2014 , Malaysia mengisytiharkan Hari Berkabung. Mengapa dinamakan hari berkabung? Kerana tepat jam 10 pagi jenazah mangsa tragedi #MH17 selamat dibawa pulang ke tanah air Walaupun hanya dapat dibawa sebanyak 24 jenazah, namun ini lah suatu  peristiwa yang sangat menyayat hati rakyat Malaysia.

Baki 10 jenazah lagi masih dalam proses penghantaran pulang dari Belanda. Tragedi terhempasnya pesawat MH17 yang telah ditembak, mendapat liputan luas daripada seluruh dunia. 

Kesedihan ini dapat dirasakan bukan sahaja di kalangan ahli keluarga dan rakan sekerja, malahan seluruh rakyat Malaysia berdukacita di atas tragedi ini. 

Pada pukul 10.55 minit pagi, seluruh negara berta fakur seminit bagi mengingati peristiwa ini. Bagi yang beragama Islam, surah Al Fatihah dibacakan untuk jenazah yang beragama Islam. Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) juga dinaikkan separuh tiang sepanjang hari ini. 


Siaran langsung ketibaan pesawat dan istiadat menerima jenazah juga disiarkan secara terus kepada seluruh rakyat Malaysia. 







Monday, 4 August 2014

Syawal 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua. Moga jika ada kesalahan dan kekhilafan diri ini , mohon diampunkan samada yang disengajakan atau tidak disengajakan.

Lebaran lepas, ahkak menyambut raya pertama di rumah mertua, di Segamat, Johor. Bermula dengan solat sunat Aidilfitri, makan ketupat seterusnya menziarahi kubur arwah ayah mertua ahkak. Seterusnya , menunggu je saudara mara bertandang ke rumah.


Famili mertua ahkak ni kecil, ada 3 orang jea dik beradik. Jadi bila kakak ipar ahkak tak balik beraya di kampung pada hari raya pertama ni, tinggal ini saja le family members kami. 

Belah famili mertua ahkak ni, anak yang tua, jadi memang tunggu adik beradik belah mak ngan arwaha ayah mertua akak datang bertandang. So kite oarng memang stay kat umah tunggu orang beraya. 



Kemudian, bila dah hari raya ketiga, ahkak dah mula balik ke rumah famili ahkak di KOta Kota Tinggi , Johor. Adik beradik ahkak ramai, 6 orang semua nya, jadi bila berkumpul semua memang meriah le suasana, ditambah pula dengan menantu-menantu dan cucu-cucu. 



Malam raya keeempat tu dengan sibuk main mercun nya, memang bising lah suasana rumah tu. Supplier mercun memang tetap setiap tahun adalah suami ahkak. So malam tu, ada juga sesi bergambar . Disebabkan dah banyak famili, so semua take turn la nak bergambar. Kebetulan pula adik ahkak keje kat Qatar tu pun balik beraya, so cukup la korum famili kiteorang. Ngeh-ngeh....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...