Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, 22 August 2014

Malaysia Berkabung ( Mourning Day)


Tanggal 22/8/2014 , Malaysia mengisytiharkan Hari Berkabung. Mengapa dinamakan hari berkabung? Kerana tepat jam 10 pagi jenazah mangsa tragedi #MH17 selamat dibawa pulang ke tanah air Walaupun hanya dapat dibawa sebanyak 24 jenazah, namun ini lah suatu  peristiwa yang sangat menyayat hati rakyat Malaysia.

Baki 10 jenazah lagi masih dalam proses penghantaran pulang dari Belanda. Tragedi terhempasnya pesawat MH17 yang telah ditembak, mendapat liputan luas daripada seluruh dunia. 

Kesedihan ini dapat dirasakan bukan sahaja di kalangan ahli keluarga dan rakan sekerja, malahan seluruh rakyat Malaysia berdukacita di atas tragedi ini. 

Pada pukul 10.55 minit pagi, seluruh negara berta fakur seminit bagi mengingati peristiwa ini. Bagi yang beragama Islam, surah Al Fatihah dibacakan untuk jenazah yang beragama Islam. Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) juga dinaikkan separuh tiang sepanjang hari ini. 


Siaran langsung ketibaan pesawat dan istiadat menerima jenazah juga disiarkan secara terus kepada seluruh rakyat Malaysia. 







1 comment:

  1. Jual beli online di Arenaniaga

    Iklankan disini ---> Arenaniaga.com

    Homepage ---> Arenaniaga.com

    ReplyDelete

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...