Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, 23 September 2014

Ibu beranak dua

Itu lah ahkak. Ibu yang ada 2 orang anak yang lasak dan nak membesar . Tapi ini bukan main entry untuk kali ini. Hahaha. Yang sebenarnya nak bercerita ttg rutin hidup ahkak setiap hari.

Sebagai seorang ibu yang kerja nya memang tak menentu balik nya, maka setiap pagi bila bangun tidur, ahkak akan pastikan keseluruhan keperluan rumah dah teratur kerana katakan lah nanti ahkak balik lewat waktu mlm, husband ahkak akan susah nak memasak kalau periuk nasi pun tak jumpa. Memang secara logik nya, rumah ahkak tu kalau kera kangkang pun banyak lebih lagi (maknanya kecik sgt kawasan dapur tu) , itu pun husband ahkak tak jumpa itu-ini.

Kemudian, setiap pagi, ahkak akan kejutkan 2-2 anak ahkak tu bangun pukul 715 gitu dan mandikan, perlu di ingatkan, ahkak tak pernah hantar anak2 ahkak g nursery tak mandi ye, hissyyy walaupun nursery boleh mandikan, tapi ahkak tak suka tgk anak2 ahkak busuk je g nursery. Kita mesti neat and tidy bila memulakan hari kita, harapnya ia  mereka akan terbiasa dengan rutin ni.

Lepas hantar mereka ke nursery, maka bermulalah kerja ahkak sebagai seorang engineer. Nampak kmcm mcm glamer kn kerja ni, tapi I SWEAR kerja ni sgt memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana sentiasa kena "kejar". Tak habis client kejar, kontraktor pun kejar nak kan komitmen kita. Ada le nak tukar design nak buat submission ke authority ada nak g meeting. Macam-macam lah yang kita kena buat, Sampaikan ukur jalan guna tape pun kita buat. Kekadang malu, berdiri tepi jalan bawak tape, ukur macam2, kira kereta, pergi loji kumbahan yang busuk, korek tanah and many things, you just name it.

Walaubagaimana pun sibuk bekerja dan menguruskan rumah tangga , ahkak tetap ada masa untuk pergi ke seminar. Yang terbaru, ahkak menyertai seminar saham (jutawan saham) . Wah nama je dah gempak. Namun sebenarnya ahkak ni suka mengetahui sesuatu yang baru, tak kisah lah tentang apa. Tentang saham pun boleh layan juga. Untuk menjalankan sesuatu"trading", kita perlu membuka account cds. Yang kali ini ahkak membuka acc cds di RHB Investment. Ada juga lah beberapa ilmu yg ingin ahkak kongsikan tetapi ahkak belum rajin nak menulis entry tentang saham ni. Bagus kita mengetahui tentang ilmu saham ini. Ini antara keuntungan yang boleh dibuat secara pasif, maksudnya, kita still bekerja mencari duit, namun kita tetap dapat side income. Best kan??

Satu lagi perkara baru yang ahkak jalankan sekarang adalah SUB-LET. Perniagaan ini juga diajar dalam satu seminar yang ahkak sertai, ehh bukan, husband ahkak yang ajar ahkak setelah dia dengar ilmu ini. Perniagaan ini mungkin belum masyhur di kalangan masyarakat kita, tapi ia juga boleh menjana pendapatan pasif. Moga di hujung tahun ini, ahkak dapat membina suatu tapak yang lebih baik.

Moga hadirnya tahun 2015 ini, akan memberi semangat baru dengan pendapatan yang baru. Doakan ahkak ye.

Mari ahkak belanja satu gambar terbaru ahkak yang bersemangat. Hehehe ...


No comments:

Post a Comment

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...