Kanser bukan kudis buta

Salam keharmonian,

Pagi ini, seorang rakan rapat yang pernah makan lauk yang sama, mandi air yang sama dan tidur se-dorm yang sama menulis coretan seperti tajuk di atas.

Apakah maksudnya?

Rakan itu mengibaratkan yang walaupun mempunyai kanser, tapi itu bukan kudis untuknya. Dia tetap tabah menghadapi jalan hidupnya. Menurut coretan ringkasnya, beliau bakal menjalani  pembedahan pada esok hari, dan seterusnya akan menjalani "chemotherapy" sehingga selesai semua sel-sel kanser tersebut.


Hanya titipan doa sahaja yang bisa dikirimkan untuk nya. Lalu secebis nota ditulis untuknya daripada lubuk hati yang paling dalam.

Semoga selamat semuanya teman.

Inilah bait-bait kata yang telah dikirimkan untuk nya:

- Secebis nota buat kawan sebaik anda-
Biarpun hidup diselimuti kesedihan akibat berita luaran, namun semangat dalaman adalah terhebat.
Yang terpenting saat ini, tabahlah sahabat, kuatkanlah tekad, pasak kan lah iktiqad, bahawa yang terkesan adalah SIHAT.
Bahagia itu bukan diukur daripada senangnya kita, segarnya suasana, indahnya berita , banyaknya harta, namun ia ditimbang adil oleh dimana letaknya hati kita.
Hati kita yang sentiasa bersyukur, sujud mendekati Illahi kerana pada akhirnya kita adalah milik-Nya.
Janji alam pada tuhan-Nya, syukur itu penambah, pemacu, pemangkin bahagia seorang hamba.
Aku doakan kau bahagia, walau dengan cara engkau sendiri tanpa peduli apa yang engkau rasakan. Aku memang tidak merasa apa yang engkau zahirkan, tapi sesungguhnya tuhan telah pilih engkau sebab engkau lah yang TERPILIH.
-aku, teman sedorm-

Comments

Popular Posts