Belajar Berguru

Salam Keharmonian semua.

Meniti hari-hari terakhir di bulan November ini, seharusnya kita rasa gementar, kerana pantasnya masa berlalu, kini menjengahnya tahun baru. Bagi diri ini, saya tidak pernah sekali pun mempunyai azam tahun baru, tapi tiap kali akhir tahun, saya akan meng'audit' diri ini, apakah pulangan atau kejayaan yang saya kecapi sepanjang tahun tersebut.

Namun tahun ini berbeza, beza yang amat terang daripada yang terdahulu. Terakhir kini, saya kerap menghadirkan diri dalam kelompok manusia berjaya. Duduk sebaris mereka, makan bersama mereka menadah ilmu kejayaan mereka. Mengutip berlian-berlian yang mereka taburkan untuk saya.

Saya, di kelompok mereka, terasa amat kerdil lebih kerdil dari semut merah. Mereka semua sudah berada di atas tangga tersendiri membina nama dan empayar. Lalu, saya bertanya, tidak malu kah diri ini berkongsi bumbung yang sama dengan mereka? Jawapan nya TIDAK. Kerana menurut tuan guru saya, bina pondok kecil di tepi taman larangan Istana Kayangan.


Comments

Popular Posts