Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, 16 December 2014

Buku Berilmu vs Buku Bernafsu

Salam Keharmonian,

Semenjak dari kecil lagi saya adalah seorang yang sangat gemar membaca, sehinggakan di zaman kaank-kanak saya, saya pernah dimarahi oleh emak akibat mengunci pintu bilik kerana menyorok-nyorok membaca. Akibatnya, saya memang tidak akan menjamah makanan jika novel penyiasatan Sri Salmah tidak ke muka akhir.

Habit ini terus hingga saya di zaman remaja saya. Ketika belum mempunyai pendapatan (masih menuntut), saya akan asingkan duit biasiswa saya untuk membeli novel sepanjang semester tersebut. Mungkin kala itu hanya dapat memiliki sepuluh buah novel (RM17.00*10). Kemudian, buat sistem tukaran dengan kawan yang meminati novel juga. Tapi idea ini tak berbaloi kerana pada akhir semester, tak de satu novel pun yang dapat kembali kepada saya. Semuanya arwah kerana "hilang" di persimpangan pertukaran banyak tangan. Aduh.

Selepas ada pendapatan, setiap bulan mesti membeli novel keluaran Alaf 21. Tapi kali ini, memang tiada istilah "pinjam-meminjam" kerana takut sangat hilang novel ini di pertengahan jalan, Langsung, koleksi novel ini memang banyak, sehingga boleh dijual sebagai "preloved novel" yang memang kondisi nya sangat baik kerana hanya dibaca sekali sahaja.

Sebahagian novel simpanan saya yang telah dijual
Namun, semakin lama dibuai indahnya fiksyen dalam novel tersebut, kini saya telah melupakan tabiat tersebut. Rupa-rupanya inilah dikategorikan "buku bernafsu". Tuan guru telah menyentap saya dari terus dibuai mimpi indah mendapat jejaka paling kaya yang paling kacak.



Jadinya, saya merubah jenis pembacaan saya. Yang minat membaca tu kekal, namun bahan bacaan nya itu perlu yang menghasilkan ilmu.


Walaubagaimanapun, sesungguhnya pembacaan buku berilmu itu amat payah, tidak semudah menggambarkan indahnya kisah lelaki tampan berkereta alfa romeo. Ia perlu dedikasi dalam pembacaan. Saya sedang belajar meminati buku-buku berilmu ini.

Biar lah perlahan, daripada tidak bergerak langsung. Moga usaha ini diberkati yang Esa.

Buku-buku yang telah saya baca sepanjang 3 bulan ini


1 comment:

  1. bgusnya
    MG pun better la bca bku ilmiah dr novel ...tak suka
    tebal ...hehe

    ReplyDelete

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...