Ikhlas Bersyukur

Salam Keharmonian.

Kita memang sudah faham erti syukur, namun hati kita masih belum ikhlas bersyukur.

Kerana apa?

Kerana, selagi ada ruang dan peluang untuk mengeluh, kita tetap mengeluh. Walaupun apa yang kita keluh kan sememangnya terkena kepada diri kita, kita terlupa dan terkhilaf kerana ada lagi orang yang lebih teruk menghadapi.

Kadangkala, kisahnya mudah sahaja, ada ketika kita kurang berkenan dengan sesuatu barang atau jenama, contohnya kita tidak meminati kasut Adidas, tapi kita pernahkah terfikir ada orang yang sangat mengharapkan sepasang kasut biar pun ia cuma selipar buruk.

Lalu, kita zahirkan kita bersyukur, namun di sudut hati kita masih lagi mengeluh. Inikah yang dikatakan ikhlas bersyukur? Lalu marilah kita bersama mendidik hati kita untuk bersyukur terutamanya diri saya ini.

Sesungguhnya, janji Allah itu, yang bersyukur itu Allah akan tambahkan tapi yang tidak bersyukur, azab Allah amat pedih. AllahuAkbar.

Marilah kita bersama-sama berterusan bersyukur kepada Allah dengan ikhlas.


**video ikhsan daripada youtube


Comments

Popular Posts