Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, 8 December 2014

Pilihan; Doktor O&G Perempuan Muslim

Salam Keharmonian ,

Tiap kali kita bangun dari tidur, seawal itu pun kita sudah ada pilihan ; mahu teruskan mimpi kita atau bangun dan realisasikan mimpi itu.

Nak dijadikan cerita, dalam menjalani hidup kita sehari-hari, kita ada PILIHAN, maka buat lah pilihan, jangan disalahkan situasi atau keadaan yang berlaku, kerana kita ada pilihan.

Terkini, isu bidan lelaki menyambut kelahiran dan tentang aurat wanita itu, ramai yang gemar memaki dan menyalahkan hospital kerajaan yang tidak menyediakan doktor atau bidan wanita. Lalu isu ini terus berpusing, ada yang berpendapat begitu, ada yang berpendapat begini. Hinggakan ada doktor yang berkecil hati dalam coretan nya berkata ".. yang sibuk pasal doktor laki menyambut kelahiran, aurat nya di luar tu dijaga ke?.."

Kisahnya, kita kan ada pilihan, ada doktor wanita di hospital swasta, maka pergilah ke hospital swasta, mengapa nak disalahkan kerajaan yang tidak mencukupkan doktor wanita.

Kalau isu nya mahal bayaran di hospital swasta, kalau itulah jalan nya suami dapat menutub aib isterinya, mengapa tidak diusahakan bayaran itu? Bukan kah itu sudah termasuk nafkahnya , memberi tempat perlindungan. berlindung daripada fitnah dunia.

Jika itulah harga sebuah perlindungan, usahakan lah wahai suami. Si isteri pun tetap boleh membantu. Inikan untuk keselesaan kita juga. Kita sudah punya hospital swasta yang terbaik pada harga mampu milik. Juga dilengkapi dengan konsep keislaman sebagai contoh Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru.

Pengalaman saya bersalin di hospital tersebut untuk kedua-dua kelahiran anak saya sangat baik. Daripada hal check-up hingga lah ke hal menyambut bayi, saya diuruskan oleh doktor perempuan, Dr Rose dan Dr Norlida.

Bayaran juga yang dikenakan masih lagi relevan juga servis yang diberikan amat memuaskan hati. Semasa proses kelahiran juga, suami saya sentiasa berada di samping saya. Syukur dengan peluang tersebut.

Jadi mengapa  kita terus membesar-besar kan isu yang boleh kita selesaikan. Bukan kan kita perlu berfikir untuk mencari solusi bukan terus mencari salah orang lain, kerana dengan membuktikan kayu orang lain bengkok belum tentu dapat meluruskan kayu kita.

Pilih lah, kerana kita punya pilihan!


Anak - anak saya yang sedang membesar , lahir disambut oleh doktor perempuan muslim. 

2 comments:

  1. setiap perkara pasti ada jalannya... berhentilah menunding jari di sana sini...

    ReplyDelete
  2. Tapi kalau ada case, private hospital akan tolak ke government juga. Terpaksa pasrah dengan male doc. Pengalaman isteri saya bersalin dua kali private dengan muslimah doc. Kali ketiga ada kes air ketuban dan baby underweight, private x terima kena ke government. Dua doc lelaki scan dan ve. No choice. So tetap ada isu kalau abnormal delivery.

    ReplyDelete

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...