Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, 26 October 2015

Seni Balairong Seri

Sehebat nama nya, begitu jua apa yang difikirkan.

Melangkah kaki ke kelas ini, hati ini berdebar bertanya, apakah konten yang bakal dibuka kan? Adakah mencari kewujudan sistem beraja Melayu? Adakah penggunaan kata-kata indah di hadapan tuanku? Adakah tentang tatacara bertemu tuanku?

Sesungguhnya itu semua bukan seperti yang dijangka kan.


Ia adalah tentang SENI BERUNDING dan BERURUSAN RASMI.


Apakah itu?

Adat budaya halus. 

Suatu Seni untuk Mengetahui Apa yang Betul untuk dilakukan pada masa yang Betul dengan Cara yang Betul.


Hidup ini jangan terlalu banyak berlagah. Banyak kan berdiam untuk lebih banyak memahami. Yang banyak bercerita itu lebih banyak ternampak lemahnya. Mengangguk untuk sesuatu yang bukan kita prinsip kan boleh jadi adalah batu loncatan untuk mereka mengkagumi kita.

Kita jangan mudah sentap. Jangan terlalu ikut perasaan, semua nya mahu dibantah. Memenangkan seseorang untuk kita menang nampaknya sangat sukar. Namun andai kita bisa faham PERSONALITI kita dan kenal lawan kita. Kita mampu laku kan dan mampu bahagia dengan cara itu. Belajar berdamai dengan diri.

Sekuat itu juga, usang bersaing dengan orang lain. Fahami setiap insan punya keupayaan berbeza. Kita juga punya kekuatan kita tersendiri. Andai kita telah faham ini secara total nya, kita mampu berunding dengan sesiapa sahaja, kerana kita tidak berasa terancam mahupun terbeban dengan kekuatan orang lain.

Terpenting, kenali personaliti diri juga kenali pihak lawan kita. Dengan itu, kita mudah melangkah masuk ke balairong seri, membuka kata berunding bicara. Kita bakal melangkah keluar dengan sebuah penghormatan.



Saturday, 24 October 2015

10 Facts about ME

Sepanjang berblog ni, sememangnya kurang entry yang berbentuk personal ( ayng meemng yang memang tentang diri sendiri). Kerna sindrom emak-emak yang sibuk bercerita tentang anak nya.

Di sini ingin kakak kongsikan beberapa rahsia tentang diri kakak :)

Satu. Kakak sememangnya anak sulung dalam keluarga. Yang terakhir (bongsu) adalah perempuan, selain itu semua lelaki. Tetapi kalau dilihat dari segi "kematangan" kakak lebih banyak dimanjakan. Macam semua perkara adalah tidak boleh mempercayai kakak. Semua bergantung kepada mereka. Ehh silap mereka yang terlebih ambil berat.

Dua. Sangat anak ayah. Ayah akan memastikan segalanya tentang kakak. Bila ketika kakak punya masalah besar, dia adalah orang pertama yang kakak akan selesa berkongsi. Ayah sehingga kini akan memastikan kakak pergi kerja dengan selamat. Sehingga ke hari kakak bernikah, ayah masih lagi duduk bersama kakak. Zakat fitrah sehingga kakak menjadi isteri orang je yang dia tidak algi bayarkan.

Tiga. Kakak takut / fobia dengan ketinggian (Acrophobia) . Kakak akan mengelak untuk membuat pemeriksaan tapak jika melebihi 3 tingkat. Tetapi atas urusan kerja dan amanah terpaksa juga gagahkan. Tapi untuk menaiki tempat-temapt tinggi tu kalau boleh dielak kan. Minggu lepas, sewaktu menaiki "cable car" ke puncak Genting Highland, anak-anak boleh saja tenang, tapi kakak yang kecut perut.



Empat. Walaupun kakak ni nampak seorang yang "technical". Kakak tidak boleh menghafal nombor. Jangan kata nombor akaun, nombor telefon pun berzaman lah nak mengingat. Dahulu masa study memang lah add maths tu hebat, tapi bab mengahafal memang fail. Jadi tiap kali nak transfer duit (online shopping) mesti nak kena check berkali-kali no akaun penjual tu.

Lima. Juga kakak boleh menulis pantun / puisi dengan sangat baik. Walaupun dulu kakak adalah student science stream, tapi kakak adalah Pemantun Terbaik dua tahun berturut-turut Daerah Hulu Langat. Kakak juga boleh menulis bahasa melayu ( comprehensive essay) dengan baik.


Enam. Kakak adalah seorang yang sangat gila media social. Namakan sahaja, semua jenis media social kakak ada. Termasuk DAYRE .. hehehe. Dan kegilaan yang amat adalah sepanjang masa perlu "online". Sesiapa yang mengenali kakak akan tahu tangan kakak akan sentiasa / tak lepas dengan handphone. Tak boleh tinggal.

Tujuh. Sangat meminati Erra Fazira. Dari sejak Erra berlakon Sembilu. Biar lah orang kutuk, lakonan kayu ke, nyanyian sumbang, kakak tak heran. Memang terus meminati. Hinggakan sampai sekarang email address kakak adalah effyfazira@gmail.com . Hehe nampak tak kegilaan nya.

Lapan. Peminat dan penyokong setia ORANGE. Kakak setakat ni tak pernah lagi tukar team favourite walaupun Netherlands kecundang. Setia sehingga hujung nyawa. Baju pun memang kaler oren je.

Sembilan. Kakak adalah seorang jurutera awam dari segi ijazah yang dipegang. Bekerja sebagai structural engineer dalam rekabentuk selama  tahun. Kini memiliki Masters in Project Management, hanya kerana kakak pernah disindir oleh seorang project manager di PJH yang kakak lack of Project Management knowledge. Terus membara semangat sambung belajar. Kini kakak berkerja sebagai Construction Manager juga Risk Manager untuk projek mega negara MRT. Kini, kakak akan menyambung belajar dalam Masters in Health & Safety pula. Kerana kakak perlu well-known tentang bahagian ini.

Sepuluh. Seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak yang sedang membesar. Bekerja 6 ahri seminggu tidak membataskan hubungan kakak bersama mereka. Kakak hanya akan tidur jam
12 malam dan bangun jam 5 pagi untuk memastikan segala keperluan rumah tangga berjalan dengan baik.




Cintai lah CINTA



Seringkali kala lidah mengungkapkan cinta, kita mengharapkan yang kita bakal jua dicintai. Namun ada  masa kita sangat menyimpan segala usaha untuk mencintai.

Sesungguhnya untuk mendapatkan cinta, kita perlu membuka dahulu jendela hati kita untuk menerima cinta datang. Analogi nya mudah, mana mungkin sesuatu bisa masuk andai pintu nya masih kukuh terkunci?

Justeru itu  kita juga perlu mempunyai cinta yang paling besar. Hanya dengan orbit cinta yang paling terbesar juga paling terkuat sahaja bisa menarik orbit cinta lain mengelilingi kita. Aturan ini sama sahaja dengan aturan bumi kita. Matahari yang mempunyai kuasa lebih besar mampu menarik planet seperti bumi mengelilingi dia.

Begitu juga cinta. jadilah kita orbit yang kuat daya tarikan cintanya, kerna yang pasti orbit lain bakal mendekati kita. Kita belajar dahulu memberi cinta agar nanti kita akan menjadi pusat tarikan cinta yang menarik segala yang baik-baik sahaja.

Belum pernah lagi tercatat yang buruk tentang cinta. Lalu kita ambil lah pendekatan yang molek, tika cinta menyapa, itulah petanda yang baik -baik akan menhampiri kita. Segala yang positif dan yang manis-manis juga akan mendekati kita.

Berbekal kan sifat-sifat positif ini, kita akan terus memecut laju ke arah gerbang kejayaan. Percaya yang baik sahaja akan menarik yang baik. Jangan perlu berbuat jahat bagi mendapatkan yang terindah. Itu sememang nya karut, mahu yang baik usahakan yang kurang baik.

Seindah nya pautan cinta, kita belajar erti memberi dan membahagiakan . Kita bukan sahaja menerima, tetapi kita mahu terus berkongsi rasa cinta ini. Rasa membahagiakan orang yang kita cintai dan rasa memberi seluruh nafas cinta kita. Dan ketika saat itu, kala cinta datang kepada kita, itulah rasa sebenar tentang CINTA.

Pengkhiran nya, doakan seeratnya apa yang kita cintai. Kita kan punya tuhan yang Maha Mengatur segalanya. Jangan belajar menjadi perancang, dengan menetapkan sebarang kondisi, tapi bertindak lah sebagai hamba yang terus redha dan berserah dengan apa yang tuhan bakal aturkan. Untuk mendapat yang terbaik, usah dihebahkan kepada dunia, Doakan sahaja dengan tenang dalam hati.

Berbahagia lah pada yang memiliki cinta. Cintai lah CINTA.


Monday, 10 August 2015

Kelas Renang di Kompleks Renang Sri Siantan, Batu Caves

Sejak minggu lepas, Eiris Diana sudah memulakan kelas renang untuk setiap hujung minggu. Kelas ini dijalankan setiap hari tetapi kekangan masa, Eiris hanya pergi ke kelas pada hujung minggu sahaja.

Eiris belajar empat kali sebulan dengan bayaran yuran sebanyak RM110 untuk sebulan. Kelas bimbingan ini daripada syarikat Sierra Bay Watch. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM30 untuk sekali sahaja.




Eiris akan ke keals kelas renang pada pukul 10 pagi. Kelas ini dijalankan selama 45 minit hingga ke satu jam.

Sebelum bermulanya kelas, setiap pelajar perlu mempunyai baju renang sendiri, googles juga board. Peralatan ini tidak disediakan oleh pihak kelas, tetapi boleh disewa di sebuah kedai di situ.




Kelas renang ini dijalankan di Kompleks Renang Sri Siantan, Batu Caves. Orang awam juga boleh menggunakan kemudahan di sini.

Setiap kali hadir ke sini, kami akan datang awal setengah jam untuk Eiris dan Daafi bermain di kolam kanak-kanak. Di sini kanak-kanak boleh bermain dengan pengawasan yang minima daripada pihak ibu bapa kerana disediakan pasukan penyelamat.

Daafi akan datang dengan membawa pelampung nya. Pada awalnya, Daafi juga hendak mengikuti kelas renang tu, tetapi dengan umur seperti Daafi ni, lebih banyak bermain daripada belajar. Jadi dinasihatkan agar Daafi mengikuti kelas pada tahun hadapan sahaja.



Ehh ..Ehhh ada Amamr Luqman join juga la

Semoga Eiris cepat pandai berenang dengan professional.

Saturday, 8 August 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya diucapkan untuk semua. Mohon maaf atas segala kesilapan sepanjang kita bersahabat di alam maya ini.

Hari raya tahun ini disambut secara sangat sederhana memandangkan cuti hari raya pun tak banyak kerana baru bertukar tempat kerja.

Namun begitu, kemeriahan nya tetap terasa. Tema hari raya tahun ini "serba hitam". Hitam dengan bersongket lagi.


Tahun ini hari raya pertama di rumah keluarga di Kota Tinggi. Sehari sebelum hari raya, sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung bersama suami. Hehe anak-anak dah pualng sehari awal bersama pakcik dan sepupu nya. Ini kerana hari sebelum itu masih lagi bekerja tetapi anak-anak sudah bercuti sekolah, pihak taska pun dah menutup pintu.


Hari Raya pertama, seperti biasa kami sekeluarga akan beraya di rumah kaum keluarga di Kota Tinggi. Sehingga malam masih lagi berziarah. Ehh inikan raya.

Keesokan harinya, kami sudah memulakan perjalanan balik ke Muar. Pada malam tersebut telah diadakan hari keluarga di sebelah keluarga besar emak . Kemudian kami adik-beradik berpisah untuk ke destinasi yang berbeza-beza, namun yang terpenting kesemua nya pulang ke rumah keluarga mertua termasuk saya juga.

Kami meneruskan perjalanan pulang ke Segamat. Hari raya ketiga, kebetulan adalah hari betunang abang ipar di Melaka. Selesai majlis bertunang, kami tidak kemana-mana, terus sahaja pulang ke rumah.



Hari raya keempat, kami pulang ke Kuala Lumpur kerana hari berikutnya saya dan suami sudah memulakan tugas.

Namun, kegembiraan beraya tidak terhenti di situ kerana setiap hujung minggu kami pasti meriah beraya. Ada sahaja jemputan rumah terbuka. Wah seronok sungguh beraya. Moga ukhuwah yang terjalin ini menambahkan keikhlasan kita bersaudara.



Friday, 7 August 2015

Pertandingan Nasyid pertama Eiris Diana

Semalam, 5/8/2015 Eiris Diana telah menyertai pertandingan nasyid di SK. Prima , Selayang untuk murid-murid pra-sekolah peringkat daerah Gombak.

Seawal sebelum puasa lagi, guru dan murid-murid telah bersedia membuat latihan nasyid. Mereka menyampaikan 2 buah lagu; hahaha mummy tak ingat tajuk lagu tapi yang pasti lagu Alhamdulillah nyanyian Nora juga lagu kita zaman kekanak dulu .."tercipta satu lembaran sejarah...

Mereka dipastikan memakai jubah/dress hitam. Jadi sempena dengan itulah, kami sekeluarga mengambil tema warna hitam sebagai warna tema hari raya tahun ini. Jadi senanglah, tak perlu nak mencari dress hitam lagi.


Tudung untuk pertandingan ini ditaja oleh pihak sekolah. Jadi ibu bapa hanya perlu menyediakan dress hitam. Tapi ada seorang kawan Eiris Diana yang tidak mempunyai dress hitam. Kebetulan raya kali ini pakcik Eiris dari Qatar tu hadiahkan abaya hitam, boleh lah dipinjamkan kepada kawan Eiris itu.

Seawal pukul 7 pagi, murid-murid telah berkumpul di sekolah. Cikgu yang berusah keras menyiapkan murid-murid pra-sekolah. Kemudian mereka terus ke sekolah tempat bertanding. Mereka pergi menaiki kereta Grand Livina.


Walaupun mereka tidak menang, dan mendapat saguhati. Namun kesungguhan mereka itu yang tetap besar.

Mereka pulang ke sekolah pada pukul 3 petang. Eiris Diana pulang dengan seorang kawan nya Zulaikha , yang mana mummy Zulaikha yang menjaga Eiris Diana dan Eiril Daafi sekarang.

Moga ini merupakan batu loncatan untuk Eiris Diana lebih maju ke hadapan.








Saturday, 20 June 2015

Sepetang di Puteri Harbour, Nusajaya, Johor

Dua minggu yang lepas, memandangkan masih bercuti sekolah, akak mengambil kesempatan membawa anak-anak berjalan di Johor Bahru.

Kebetulan, seminggu sebelum itu mereka tinggal di kampung bersama nenek dan bapak. Jadi hujung minggu tersebut, akak pulang ke kampung bersama suami untuk mengambil mereka kembali ke Kuala Lumpur.

Terlanjur di Johor, petang sabtu yang sejuk dingin selepas hujan, kami pergi ke Puteri Harbour, Nusajaya. Tujuan asalnya mahu ke Hello Kitty Town, tetapi memandangkan kami sampi di sana pun sudah pukul 4 petang, langsung tidak menjadi hendak berkunjung .


Sekadarnya, akak bersama anak-anak dan anak saudara akak, berjalan-jalan di sekitar Puteri harbour tu. Nampaknya, terdapat satu lagi "port" untuk orang Johor beriadah bersama keluarga. Tempatnya nampak tenang dan indah. Nampak ramai juga keluarga yang membawa anak-anak ke situ.

Tarikan utama adalah tempatnya yang nampak eksklusif berlatar belakang kan bot-bot mewah.

Dating Time 
Anak-anak nampak nya seronok bermain "bubbles". Lari berkejaran pun boleh kerana tempatnya lapang dan luas. Ada juga tempat jualan pelbagai kaarkter  karakter animasi yang terkenal seperti batman.






Selepas berjalan-jalan di sana, suami mesti teringat nak makan tauhu bakar di Warong Saga. Warong ini nampak sangat biasa namun tauhu bakar nya dan roti john nya memang terbaik. 

Banyak galeri gambar-gambar keluarga Diraja Johor




Friday, 15 May 2015

Singgah sebentar di Bandaraya Melaka

Seminggu yang lepas, semasa mengikuti keluarga mertua ke satu undangan majlis perkahwinan, kami sempat menyinggah di Bandar Melaka.

Yang terpenting bila berada di Melaka adalah mencari coconut shake Klebang. Ditambah dengan cuaca yang panas seharian.


Usai di gerai coconut shake, kami bergegas menunaikan solat zuhur. Perancangan nya selepas selesai bersoalt mahu menikmati kuaeh keria disira gula melaka, tapi hampa bilamana kueh keria tersebut laku keras di hari tersebut.

Lantas, kami ke tempat bersejarah sekadar  menghabiskan masa  selepas lamanya tidak berkunjung ke sini.





Puas berjalan, kami singgah menikmati cendol di Jam Besar , terus kami pulang dengan berbeca.



Tuesday, 17 March 2015

Pipe Jacking - Video



For all civil engineers out there, this is how we install pipe using pipe jacking method. In Malaysia, for Klang Valley and Kuala Lumpur area, we are using this method to install sewerage pipe for rationalization STP.  This is for Greater KL Project: River of Life. 




video

Anak-Anak : Gen-Y

Anak-anak zaman kini atau lebih dikenali dengan generasi Gen-Y adalah ti dak ubah seperti seekor kura-kura.

Analoginya: Seekor kura-kura tidak akan mengeluarkan kepalanya jika diketu, malah semakin menyorok kan kepalanya daripada terlihat orang. Namun, kura-kura dengan senang hati menampakkan kepalanya andai diberikan haba atau kepanasan dihadapan nya.

Begitu juga anak-anak kita di zaman ini, arahan dan sebarang peraturan tidak akan membuat mereka hampir dan dekat kepada kita. Malah mereka semakin mahu lari sejauh-jauhnya. Hanya dengan sedikit belaian, layanan dan perhatian yang hangat kepada mereka, mereka tanpa rasa malu akan kembali kepada kita.

Jangan teragak-agak untuk memberikan pelukan dan pujian kepada anak-anak kita. Tika mereka membuat kesalahan, usah didenda tapi berbual lah dan nasihati mereka dengan dorongan dan semangat. Sesungguhnya mereka hanya mahukan perhatian kita.



Tuesday, 13 January 2015

Rindu ku tertinggal di Fraser Hill





Benar. Aku rasa rindu kedamaian di sana. Ada cicipan burung yang kicaunya hanya alam yang faham. Aku tetap rasa dingin nya.




Namun kini sang alam semakin merajuk, rajuk nya kian parah. Seperti tidak mahu lagi bersahabat dengan manusia. Lantaran manusia semakin mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hidupan sekeliling.

Sepanjang pendakian ke puncak Frasers Hill, banyak jalan yang berlubang, tanah runtuh dan pokok yang tumbang. Ini semua akibat rakusnya manusia menarah bukit, memancung hutan tanpa rasa belas.




Di atas sana, udara nya nyaman. Dingin sekali kerana hujan baru membasahi bumi Frasers Hill. Aku datang kembali setelah lama tak menjengah bumi ini. Kadarnya yang hampir dengan kediaman ku, pasti nya tiada masalah untuk ke sana. Tetapi tetap jua laam tidak aku ke sana.

Aku gembira dan tertawan dengan indahnya alam di sana. Siangnya masih diselimuti kabus putih, malamnya udara sejuknya menggigit tulang hitam kita. Bunga nya masih memerah indah, pohonan hijan rimbun melambai tetamu yang bertandang.


Inilah kisah indahnya bumi Frasers Hill yang semakin dilupai masyarakat kota. Moga harta berharga ini terus dijaga pihak tertentetu agar khazanah ini terpelihara sepanjang zaman. Ingin ku kongsikan gambar-gambar indah ku di atas puncak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...