Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, 10 August 2015

Kelas Renang di Kompleks Renang Sri Siantan, Batu Caves

Sejak minggu lepas, Eiris Diana sudah memulakan kelas renang untuk setiap hujung minggu. Kelas ini dijalankan setiap hari tetapi kekangan masa, Eiris hanya pergi ke kelas pada hujung minggu sahaja.

Eiris belajar empat kali sebulan dengan bayaran yuran sebanyak RM110 untuk sebulan. Kelas bimbingan ini daripada syarikat Sierra Bay Watch. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM30 untuk sekali sahaja.




Eiris akan ke keals kelas renang pada pukul 10 pagi. Kelas ini dijalankan selama 45 minit hingga ke satu jam.

Sebelum bermulanya kelas, setiap pelajar perlu mempunyai baju renang sendiri, googles juga board. Peralatan ini tidak disediakan oleh pihak kelas, tetapi boleh disewa di sebuah kedai di situ.




Kelas renang ini dijalankan di Kompleks Renang Sri Siantan, Batu Caves. Orang awam juga boleh menggunakan kemudahan di sini.

Setiap kali hadir ke sini, kami akan datang awal setengah jam untuk Eiris dan Daafi bermain di kolam kanak-kanak. Di sini kanak-kanak boleh bermain dengan pengawasan yang minima daripada pihak ibu bapa kerana disediakan pasukan penyelamat.

Daafi akan datang dengan membawa pelampung nya. Pada awalnya, Daafi juga hendak mengikuti kelas renang tu, tetapi dengan umur seperti Daafi ni, lebih banyak bermain daripada belajar. Jadi dinasihatkan agar Daafi mengikuti kelas pada tahun hadapan sahaja.



Ehh ..Ehhh ada Amamr Luqman join juga la

Semoga Eiris cepat pandai berenang dengan professional.

7 comments:

  1. Blh saya dptkan no tel instructor renang tu..?

    ReplyDelete
  2. salam..ada contact number tak untuk register swim class ni?

    ReplyDelete
  3. salam..ada contact number tak untuk register swim class ni?

    ReplyDelete
  4. Maaf saye nak tnyer kelas nie masih di buka lagi ka

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Saya jurulatih dan cikgu renang. Saya mengajar di area Gombak, batu caves, cheras, KL. Saya mengajar pada mereka yang boleh sediakan swimming pool sendiri sama ada di condo/apartment. 🙂

    Terbuka untuk pelajar pada semua peringkat umur.

    waktu belajar, boleh hubungi saya untuk berbincang

    kategori :
    – untuk yang ingin dan baru belajar
    – untuk yang takut air
    – untuk yang ingin mengetahui keempat2 stroke. (freestyle, breaststroke, backstroke, butterfly)
    – untuk memantapkan stroke

    Boleh contact saya Lukman (0133789755)

    terima kasih 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau you mengajar di kolam sri siantan, email saya collin3108@yahoo.com. Rumah saya takde pool, tapi mungkin u boleh conduct class di situ

      Delete
  6. Cikgu Ibrahim (pemilik Sierra Bay Watch) 0123806789.

    ReplyDelete

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...