Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya diucapkan untuk semua. Mohon maaf atas segala kesilapan sepanjang kita bersahabat di alam maya ini.

Hari raya tahun ini disambut secara sangat sederhana memandangkan cuti hari raya pun tak banyak kerana baru bertukar tempat kerja.

Namun begitu, kemeriahan nya tetap terasa. Tema hari raya tahun ini "serba hitam". Hitam dengan bersongket lagi.


Tahun ini hari raya pertama di rumah keluarga di Kota Tinggi. Sehari sebelum hari raya, sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung bersama suami. Hehe anak-anak dah pualng sehari awal bersama pakcik dan sepupu nya. Ini kerana hari sebelum itu masih lagi bekerja tetapi anak-anak sudah bercuti sekolah, pihak taska pun dah menutup pintu.


Hari Raya pertama, seperti biasa kami sekeluarga akan beraya di rumah kaum keluarga di Kota Tinggi. Sehingga malam masih lagi berziarah. Ehh inikan raya.

Keesokan harinya, kami sudah memulakan perjalanan balik ke Muar. Pada malam tersebut telah diadakan hari keluarga di sebelah keluarga besar emak . Kemudian kami adik-beradik berpisah untuk ke destinasi yang berbeza-beza, namun yang terpenting kesemua nya pulang ke rumah keluarga mertua termasuk saya juga.

Kami meneruskan perjalanan pulang ke Segamat. Hari raya ketiga, kebetulan adalah hari betunang abang ipar di Melaka. Selesai majlis bertunang, kami tidak kemana-mana, terus sahaja pulang ke rumah.



Hari raya keempat, kami pulang ke Kuala Lumpur kerana hari berikutnya saya dan suami sudah memulakan tugas.

Namun, kegembiraan beraya tidak terhenti di situ kerana setiap hujung minggu kami pasti meriah beraya. Ada sahaja jemputan rumah terbuka. Wah seronok sungguh beraya. Moga ukhuwah yang terjalin ini menambahkan keikhlasan kita bersaudara.



Comments

Popular Posts