Rezeki Itu Bukan Sekadar Wang Ringgit.


Rezeki.

Cerita nya...

Tiap kali kita memikirkan tentang rezeki itu, kita terus sahaja ternampak tanda ini $$$$ kan? 

Namun pengertian rezeki ini teramat luasnya. Ini hadir bukan sekadar dalam bentuk material mahupun wang ringgit.

Rezeki itu setiap mana yang Allah kurniakan kepada kita, contohnya, terkadang kita ( saya juga pembaca blog ini yang dihormati) terlepas pandang dengan kemampuan kita sekadar mengelipkan kelopak mata, menggerakkan  jari juga kemampuan untuk kentut. 

Ramai daripada kita mengharapkan rezeki itu dari segi kewangan sahaja, namun direzekikan dengan keluarga bahagia juga suatu yang hebat, direzekikan dengan pasangan yang baik bukan yang sempurna juga anugerah terindah. Anak-anak sihat boleh bermain juga rezeki. 

Cuba lihat, berapa ramai antara kita yang mengeluh hidup tidak tenteram, pasangan yang curang juga anak-anak yang kerap sakit. Yakin lah setiap bentuk pemberian Allah itu adalah rezeki.

Rezeki itu hak mutlak Illahi. Dia boleh bagi pada waktu yang tepat bukan pada waktu yang kita rasa mahu. Kekadang ia datang tepat (on time) pada waktu kita mahu, ada masanya dia datang terlalu lambat hinggakan kita berputus asa, namun dalam pada kita tidak sedar, itulah masa yang amat sesuai untuk kita.

Kita, usahlah berhenti menharap rezeki dari Allah. Panjatkan doa setiap masa, kerana rezeki Allah (walaupun telah ditetapkan) namun boleh berubah contoh nya kerana banyak nya kita beristighfar. Allah sangat suka pada hamba-Nya yang terus meminta.

 Antara amalan yang boleh menjemput rezeki ( ini sekadar yang popular di kalangan ahli ibadat, banyak lagi amalan baik yang boleh menjemput rezeki):

  • Solat Dhuha
  • Membaca Surah Al-Waqiah
  • Solat Taubat di malam hari
  • Sedeqah 
  • Mendoakan kedua ibu bapa
Apa pun yang kita amalkan, yakin dan percayalah Allah itu Pemilik Rezeki (Ar-Razaq) juga Dia juga yang mampu memberi apa sahaja kepada hamba-Nya. Kerana Kekayaan Allah melebihi isi alam ini


Comments

Popular Posts