Percutian Ke Batam , Indonesia.


Pulau Batam antara pulan jajahan Riau yang paling hampir dengan Malaysia dan Singapura. Namun, kerana ia ditakluki oleh Republik Indonesia, maka matawang nya masih menggunakan Rupiah. Namun, kebanyakan urusan jual beli di sana mahu kan Singapore Dollar.

Pada 4/8/2017, kakak sekeluarga juga mak, ayah, adik perempuan juga 2 anak saudara telah bercuti hujung minggu ke Batam. Perjalanan dari Bandaraya Johor Bahru ke Pulau Batam adalah menaiki feri.  Untuk harga tiket dan juga jadual perjalanan, boleh lah ke website Berjaya Waterfront Fery Terminal 

Terminal Ferry, Stulang Laut 


Perjalanan dari Stulang  Laut ke Batam Terminal Center mengambil masa 2 jam. Dalam feri tersebut, tidak  banyak pun aktiviti yang boleh dijalankan, selain tidur :)


Boleh naik ke atas fery, untuk berposing



Setibanya di Batam Cental, waktu sudah maghrib .

Batam Central
Kakak terus mendapat kan kereta sewa dan supir. Waduh mahal sekali, kereta beserta supirnya untuk satu hari adalah beharga  1juta Rupiah. Ok pengsan. Itu baru nak sewa kereta, belum makan dan tempat menginap.

Seterusnya, sebelum makan malam, kami ke masjid untuk bersolat maghrib dan isyak. 

Anak-anak di Masjid

Kerana sudah kepenatan, dan ditambah dengan supir yang malas bawa kami berjalan (huh sangat marah), kami terus ke Restoran Minang untuk makan malam dan seterusnya ke hotel untuk tidur.

Semua sibuk nak makan, dah lapar sangat

Keesokan harinya, kami memulakan hari seawalnya, kerana kami tak mahu kerugian menyewa kereta dan supir. Lagi pula, emak, ayah, adik dan 2 anak saudara akan pulang ke Malaysia tengah hari ini. Mereka ada urusan penting di Kuala Lumpur.




Kerinn Hotel, tempat kami menginap



Seawalnya, kami terus ke Barelang, suatu tempat yang terkenal dengan jambatan nya. Jambatan ini adalah untuk menghubungkan pulau-pulau kecil sekitar Pulau Batam.




Sempat beli Jajan



Selepas itu, kami terus ke Nagoya Hill, ehh betul ke nama tu, tapi dia sebuah Shopping Mall , yang mana kakak tak berminat. Kakak masih marah dengan supir itu. Sebab nya, kakak suka pergi tempat yang takde kat Malaysia kan. Setakat shopping  mall, berlambak kat Malaysia ni . Huh. 

Oppo Ambasador

Anak-anak dan beg baru

The Mall

Happily 

Ngan emak yang happy dapat beli handbag

I love this guy so much


Kemudian, kami terus lunch di restoran minang juga. Di sini memang makanan minang sangat terkenal dan banyak sekali. Selepas makan, menghantar emak , ayah, adik dan anak saudara ke fery terminal untuk pulang ke Malaysia. Maka , bersambunglah cuti kami sekeluarga pula.




Kami : di dalam van itu 

Petang itu, kami minta supir hantar kami ke Pasar Jodoh (lebih kurang macam Chow Kit). Dan kami mencari hotel bajet di situ. Sambil kami explore sendiri Pasar Jodoh itu. Mencari makanan  di warung-warung seperti ayam penyet, bakso juga se esteller. 

Kemudian, kami minta supir bawa kami ke kedai kopi yang terapung itu tapi malangnya tak buka, kerana hanya buka pada waktu malam. Ahhh kecewa betul. Lalu kami ke kedai kek lapis juga bersantai - santai di tempar liburan sambil minum air kelapa dan makan tempe. 

EsTeller mango

Restoran Sunda

Kedai Kek lapis 


Santai di tempat liburan 



Malamnya, kami sudah tiada supir dan hanya makan di sekitar Pasar Jodoh.

Pagi keesokan harinya, kami juga hanya mencari sarapan di sekitar Pasar Jodoh itu. Dan kemudian meminta pihak hotel menghantar kami ke Batam Central untul menaiki feri. Kerana kakak perlu pulang ke Kuala Lumpur petang itu juga memandangkan anak-anak bersekolah keesokan harinya.

Namun sebelum pulang tu, sempat kakak ke Masjid Agung, Batam juga tapak jualan Batam yang mempamerkan "WELCOME TO BATAM".

Percutian ini, walaupun singkat , namun sangat bermakna untuk kakak bersama suami tercinta. Juga kualiti masa yang terbaik untuk anak-anak yang selalu jauh dari daddy nya. 

Di Pasar Jodoh


Di Masjid Agung, Batam


Terakhir , sebelum pulang. 

















Comments

Popular Posts