Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, 2 February 2018

Eiris Diana berpindah sekolah

Kisah pertukaran sekolah.

_______________________________

Tulisan ini panjang. Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi biar ia jadi pedoman dan panduan ibu bapa. Bagi yang terlibat secara langsung dalam arena penggubal cara sistem pendidikan, moga boleh diambil tindakan agar sistem pertukaran sekolah boleh ditambah baik.

1. Ibu bapa perlu mengemukakan permohonan pertukaran sekolah di pejabat sekolah lama. Akan mengambil masa 2-3 hari untuk disiapkan, beserta tandatangan guru besar dan juga mengambil kesemua fail murid termasuk laporan kesihatan dan laporan LINUS. Laporan akademik tidak disertakan kerana pihak sekolah/ guru boleh menyemak secara online sahaja via https://sapsnkra.gov.my/

2. Borang yang telah selesai ditandatangani oleh guru besar, perlu dibawa ke Pejabat Pendidikan DAERAH, tempat sekolah baru anak. Hal ini amat merumitkan kerana dalam borang dinyatakan Pejabat Pendidikan Negeri. Dalam borang juga hanya dinyatakan sertakan salinan SIJIL NIKAH, namun hakikatnya ini adalah dokumen yang perlu dibawa sekali; SALINAN SURAT BERANAK MURID, SALINAN KAD PENGENALAN IBU BAPA, SALINAN PERJANJIAN SEWA ( TENANCY AGREEMENT) bagi yang menyewa rumah dan juga SALINAN BIL UTILITI KEDIAMAN.

3. Dalam borang pertukaran, perlu dimasukan alamat tempat tinggal juga Dua (2) sekolah pilihan. Kebiasaan nya ini adalah pilihan ibu bapa.

4. Borang yang telah diluluskan oleh PPD, perlu dibawa ke sekolah yang diperuntukan ,juga kesemua fail peribadi murid. SATU SALINAN surat tersebut perlu dikembalikan ke sekolah lama.

_______________________________________________________

Yang menjadi kerumitan nya ialah, proses pertukaran ini terlalu PANJANG dan mengelirukan. Ibu bapa perlu difahamkan sepenuhnya seperti semua dokumen yang diperlukan WAJIB dinyatakan dalam borang, tidak lah ibu bapa terkejar- kejar perlu menyediakan nya pada hari ke PPD.

Tentang buku teks, pihak guru perlulah memaklumkan kepada pihak ibu bapa,bahawa buku teks perlu diambil di SEKOLAH LAMA, bukan SEKOLAH BARU.

Ibu bapa seperti saya ini , secara logiknya memahami, dimana buku teks diambil, ia perlu dipulangkan di situ. Maka saya berfikiran bahawa pinjaman buku teks akan diberikan oleh SEKOLAH BARU.

Ini juga menjadi masalah kepada pihak saya, kerana berulang ulang ke SEKOLAH LAMA, mohon buku teks. Dan akhirnya bila pelbagai isu timbul, saya membeli sendiri kesemua buku teks dan buku aktiviti.

Ini bukan masalah pembelian,ini tentang sistem kita yang mengelirukan.

_______________________________________________________

Itu gambar Eiris Diana di Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kulai, untuk menduduki peperiksaan penempatan kelas Sekolah Agama Negeri Johor. Itu juga panjang prosesnya tapi itu berkaitan kelainan sistem pendidikan agama negeri. Malas nak ulas.



No comments:

Post a Comment

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

#effyjalankehuahin part 1

Percutian berdua ngan Effa ini bermula dari 3-August-2018 hingga 6-August-2018. Tiket ke Hua Hin telah dibeli awal (bulan March) , sewaktu...