Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, 11 August 2018

#effyjalankehuahin part 1

Percutian berdua ngan Effa ini bermula dari 3-August-2018 hingga 6-August-2018.

Tiket ke Hua Hin telah dibeli awal (bulan March) , sewaktu AirAsia mengadakan promosi pembukaan laluan baru ke Hua Hin. Jadinya, harga tiket untuk 2 orang, 2 hala adalah Rm500++ termasuk in-flight meals.

Perjalanan ke Hua Hin dari KLIA2 adalah selama 2 jam ataupun lebih kurang 1jam 50minit. Namun kita mendapat lebihan 1 jam apabila sampai kerana waktu di Thailand adalah lewat sejam dari waktu di Malaysia.

Samapi di Hua Hin Airport, terus ambil taxi untuk ke hotel. Hotel yang kakak booking ni namanya Stone Head. Harga nya dalam 100++ semalam, so dah booking untuk 3 malam terus. Hotel ini terletak di Pekan Hua Hin, bukan di Chaam. Harga taxi ke hotel adalah 500Bath (walaupun setapak je jaraknya).

Dalam taxi tu, si driver tu offer le package untuk hantar kakak g visit tempat-tempat menarik di Hua Hin. So kakak pun setuju je lah. Dengan bayaran 1000Bath, kakak akan dibawa ke 4 tempat yang teratas  nama nya.


  • Santorini Park

Dengan bayaran masuk sebanyak 150Bath / pax, tempat ini tidak lebih hanya sebuah kawasan kedai-kedai yang banyak spot untuk ber foto. Itu sahaja. 













  • Camel Republic 
Ini pula tempat kedua yang dibawa. Tapi kakak ambil keputusan tak masuk pun, sebab konsep nya sama, ada outlets dan ada camel yang boleh diambil gambar. Rugi entrance fee. 

At the Camel Republic with the driver, Weedad 
  • Swiss Sheep Farm
Seperti Santorini Park, farm ini juga mengenakan bayaran 150Bath untuk masuk ke dalam dan bergambar. Tempat nya lebih terbuka dengan banyaknya haiwan seperti sheep dan poni. Banyak juga spot untuk berfoto.
Apa yang paling sedap, perlu dinikmati, ais krim durian juga aiskrim mango yang hanya dijual di pintu keluar tempat ini.









Aiskrim durian 
Selepas ke tempat ini, kami kepenatan, walaupun the driver bawa kami ke satu lagi tempat untuk bergambar, kami menolak dan terus ke hotel untuk mandi dan berehat. 

Waktu malamnya, kami menaiki motosikal, ke Chicada Market juga ke Tamarind Market. Yang mana tiada dijual makanan halal. Huahua.. Lalu kami ambil keputusan ke kawasan station keretapi Hua Hin untuk mendapatkan makanan halal. 

Selepas menikmati makan malam (tomyam for sure) , kami ke Chatsila Market untuk membeli belah. 



Berakhirlah hari pertama kami di Hua Hin. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

#effyjalankehuahin part 1

Percutian berdua ngan Effa ini bermula dari 3-August-2018 hingga 6-August-2018. Tiket ke Hua Hin telah dibeli awal (bulan March) , sewaktu...